Thursday, August 27, 2009

Puasa hari ke-7 dan 3 hari sebelum hari kemerdeka

Semalam ambil cuti dan pergi cari langsir dengan kak long saya…Sampai kedai, kak long saya yang beriya-iya cari langsir untuk ruang TV dia…saya ni…memang tak pandai langsung nak cari langsir maklumla, selalu cari yang ready made dan selalu tukar dua tiga tahun sekali je…Huish…Confuse tul la…Cari punya cari…jumpa la langsir yang berkenan…Tu pun letih mak nak cari ni…Akhirnya setelah bertahun-tahun, barula buat langsir kat rumah…Dulu kalau tak ready made, saya suruh kakak lang mama yang tolong buatkan…itupun tak guna kain yang mahal, yang murah-murah je sebabnya mama ni memang tak getila kerja-kerja perempuan ni…Kalau masak ok sikit la…Tapi tang langsir ke ape ke…mintak ampun la…Tapi iyela kan, selalunya memang la ada permulaan untuk semua bendakan…Kalau tak cuba memang tak tahu…

Masa dalam kereta dengan kak long tu, macam-macam cerita la dengar pasal anak-anak dia…Kadang-kadang bila dengar cerita macam mana la mak bapak berkorban untuk anak-anak mereka tapi lepas tu bila anak-anak dah besar memang rasa tak berbaloi kita sebagai mak bapak ini terlalu berkorban untuk mereka…Memang kita tak mintak dibalas pengorbanan mas akita muda-muda dulu tu namun, tak siapa boleh menafikan jauh di sudut hati sememangnya kita mengharapkan anak-anak memberikan perhatian kepada kita waktu kudrat dan tenaga kita hampir kehabisan, kan…Saya selalu mengingatkan diri sendiri dan suami supaya selalu tidak terlalu berkorban…berkorban dari segi nak berikan yang terbaik untuk anak-anak sampai untuk keperluan diri sendiri dikorbankan…macam jiran saya, sanggup keluar dari rumah sesudah subuh semata-mata nak hantar anak sekolah cina sebab rasa sekolah cina tu boleh berikan boleh menjamin masa depan yang baik untuk anak-anak mereka…Hello, tolongla, kalau pendidikan sekolah cina tu yang terbaik, habis yang kelulusan sekolah kebangsaan ni semua tak berjaya ke? Mentaliti cam ni yang harus dihapuskan…Sebab tu la, jangan la berkorban keterlaluan sebab nanti bila tiba waktunya pengorbanan tu tak dihargai kita yang akan makan hati…

Berbalik kepada cerita kak long saya tu, kesian saya tengok dia…meleleh air mata bila cerita tentang perangai anak sulong dia yang sejak berkawin ni macam lupa langsung pengorbanan mak berhenti kerja yang elok semata-mata nak memastikan anak-anak mereka terjaga dan tidak terabai kalau dihantar ke taska)…sekarang ni dah masuk puasa ke-7, langsung tak telefon mak untuk wish selamat puasa ke datang buka rumah mak yang tak sampai 15 minit perjalanan tu ke…apa la nak jadi dengan anak sedara saya tu tah…risau je bila fikir tentang anak-anak saya…namun sebagai manusia, siapala kita untuk menentukan sesuatu tu daripada berlaku, iye tak?

Tuesday, August 25, 2009

Cuti Sekolah dan Puasa Hari ke-5


Alhamdullilah, dah 4 hari puasa, kami masih bertahan tidak menyinggahkan diri ke bazaar Ramadan…Baru lagi kan…Time malas belum tiba, so rajin lagi masak je la…Tiap petang, masaklah kuih dan lauk gak…Cam semalam hari ke-4, masak nasi ayam dan bubur kacang hijau…Berselera anak-anak makan nasi ayam…Ayamnya dipanggang dalam microwave, lembut dan nyam..nyam…Hari ni, rasanya nak buat mi hailam je…pembasuh mulut, nak buat kastad peach…Anak-anak suka tu…Lain-lain menu baru la besh sikit…bagi moral support kat anak-anak…

Yang tak puasa kar rumah tu cuma Umairah sebab dia baru 5 tahun…Tapi dia try gak la puasa suku hari…tak nak la paksa dia sungguh-sungguh sebab dia kecik lagi, kalau dah sekolah cam abang dulu, baru paksa dia puasa…tu pun abang masa darjah 2, dia puasa cuma 3-4 hari je tapi bila dah masuk darjah 3 tahun, abang cuma tinggal 1 hari je, itupun sebab dia sakit perut…tapi bila mama ganti puasa, dia pun ikut ganti gak, so kira dia puasa penuh gak la walaupun sebenarnya tak wajib bagi abang ganti puasa pun…Kakak dan kak ngah memang la wajib dah puasanya, cuma kakak sampai hari ke-5 masih belum puasa sebab bendera merah…Cuti sekolah cam ni, sedapla dia makan sebab duduk kat rumah…tahun lepas kakak tinggal 9 hari termasuk kena gastrik tapi Alhamdullilah, kakak habis gantikan puasa dia…kak ngah pulak, tahun lepas dia selamat, tak datang haid pun…Selamat dia…tahun ni tak tau la pulak…kalau tak datang cam tahun lepas, selamat…

Ari tu kan mama cakap pasal anak-anak tinggal kat rumah berempat masa cuti sekolah cam ni…So far, Alhamdullilah…Nampaknya tak de masalah besar samgat…Rumah pun tak bersepah, pinggan mangkuk tak de la bertaburan dalam singki…bagus gak…Siap cuci baju dan sidai baju lagi, tak yah la mama dia terkejar-kejar nak buat…Kalau cam gini, nampak gayanya, boleh la duduk kat rumah je sekarang ni…Tak yah dah gi nurseri, Cuma Umairah je kena pergi sebab semua orang sekolah pagi petang, tak de yang nak menengokkan Umairah kat rumah masa hari sekolah…Cian Umairah…Nantila Umairah dah besar, boleh duduk rumah ye yang…

Sunday, August 23, 2009

Salam ramadan dan CUti Sekolah Dah Mula


Hari ini dah hari ketiga Puasa Ramadan…Kebetulan 10 hari bulan Ramadan jatuh pada cuti sekolah…Seronok sakan la anak-anak…Diaorang kata tak mau pergi ke taska termasuk si kecik, Umairah…Kak Ngah siap janji boleh jaga Umairah kat rumah…Kakak janji nak jaga makan minum Umairah…Abang janji tak nak kacau Umairah dan kakak-kakaknya…Beriya-iya berjanji dengan mama…Mama bukan tak bagi diorang duduk kat rumah tapi risau la jugak pasalnya diorang berempat tu kecik lagi…Tapi bila berbual dengan 2 atau 3 orang kawan yang memang tak de maid, memang anak-anak diorang tak nak pergi taska cuti sekolah…Bukan setakat pergi sekolah, masa sekolah pun diorang transit kat rumah je…Mama ni bukan tak percaya kat anak-anak tapi risau lebihnya…Namun janji demi janji diberikan anak-anak membuatkan mama mengalah…OK semua duduk kat rumah termasuk Umairah tapi hari ni (Isnin) merupakan hari ujian (kata Danish)…Kalau tak de report buruk antara satu sama lain, makanya semua boleh duduk kat rumah sempena cuti sekolah ni…Sejak pukul 7.30 pagi, setiap jam mama telefon diorang…So far ok je…Tak nak pulak tido semuanya…Umairah main game kat laptop, Danish main PS2 dia manakala kakak n k ngah sibuk buat kerja sekolah yang cikgu berikan sempena cuti sekolah…Kesian anakku yang dua orang tu…Bertungkus lumus nak menghadapi peperiksaan…

K Ngah ni sebab dia pengawas kat sekolah, jadinya dia diberi tugasan hari ni untuk mengawasi adik-adiknya…K Ngah ni tegas sikit berbanding kakak…Mengikut orang tua-tua kalau kembar yang lambat tu kakak, tapi aku malas nak ikut petua tu, jadinya kak ngah lahir lambat jadi adik…tapi nampaknya cam ada tokoh kakak aje dia tu…Tengok camana report hari pertama duduk kat rumah hari ni…Dulu pernah cuba masa diorang darjah 4 tapi asyik bergaduh aje so, mama tak bagi dah…Sekarang dah tahun 6, agaknya ok kot…Umairah pun ok je nampaknya…Nampaknya la…Kalau sepanjang minggu ni ok, bolehla transit kat rumah dalam bulan September ni sebab rugi hantar ke taska…Sebabnya minggu pertama, 4 hari je…minggu ke-2, 1 hari je sebab UPSR, mama apply cuti teman diorang…Minggu ke-3 pun 4 hari je sebab nak raya dah…Minggu ke4, cuti penuh manakala minggu ke-5, Cuma 3 hari je sebelum Oktober…Rugi kan…Diorang transit sekejap je…Dari 1.30 hingg 2.15 pm…Lepas tu pergi sekolah agama pulak sampai mama balik petang…Nampaknya hendak tak hendak mama kena tawakal dan percaya kat diorang…Lagipun anak jiran sebelah pun yang sebaya diorang ada kat rumah dengan kakak-kakak dia…Ape-ape pun boleh la mintak tolong diorang…

Setakat ni dah, 2 hari dah Ramadan, mama belum lagi singgah di bazaar Ramadan…Masak je kat rumah sebab diorang ni kuat makan…So kalau beli macam rugi je…Baik buat kat rumah…Hari ni, mama nak masak 2 lauk je…Udang sambal dan telur jepun…Lepas tu ingat nak buat puteri mandi je…Buah dah beli banyak, epal ada, tembikai ada…cukupla tu…Kalau pergi bazaar Ramadan sure banyak yang nak dibeli…Setakat ni kalau boleh masak mama masak je…Kalau tak larat terpaksa pergi jugakla macam tahun lepas…Harap-harap tahun ni kesihatan mama tak macam tahun lepas…Darah tinggi cam dah boleh kontrol la…Cuma semalam tu makan daging so rasa cam pening sikit hari ni…Selain daripada tu, tak de la…Gastrik pun ada sikit pasal mama masa buka tak makan banyak, so kena cari ubat gastrik petang ni…

Thursday, August 20, 2009

Musim Perayaan Tiba dan Perbelanjaan Berhemah


Musim perayaan kembali…Biasalah time cam ni memang banyak yang nak dibeli…Kalau tak beringat-ingat…Memang terbabas…Kalau pakai kad kredit lagi seronok…Tenyeh je la…Tenyeh…tenyeh jugak…tapi kalau dah over limit, mak oi…camana nak buat ek…

Saya pernah mengalami krisis cam ni dulu…Suka sangat menenyeh kan…Lepas tu nak bayor tak leh…Bukan satu kad, dekat 5 over limit…Cam nak giler masa tu, memanjang tak cukup duit…Tapi nasib baik kesedaran datang…Dengan kudrat dan ketabahan hati, tanpa perlu merujuk kepada pakar kewangan, saya berjaya menghabiskan kesemua hutang-hutang kad kredit tersebut…Hari ini dengan bangga saya mengisytiharkan saya memang tiada hutang kad kredit selalunya saya akan menggunakan cash sahaja…Dah 2 3 tahun cam tu, rasa lebih selesa dan bebas…

Sebenarnya semua orang boleh melakukannya…Tak perlu study ekonomi ke, pengurusan kewangan ke…Bantuan daripada AKPK ke…Kita sendiri boleh melakukannya…Rasanya hidup tanya hutang menyebabkan perasaan kita lebih ceria dan happy…Maksud saya hutang kad kredit atau personal loan la..Kalau hutang kereta dan hutang rumah tu dah macam jadi budaya kita sekarang ni…Tak boleh tidak…Saya sedang cuba sedaya upaya untuk melangsaikan hutang kereta saya tu…Kalau dah habis, Alhamdullilah…Tapi anak-anak dah merengek nak suruh kami beli kereta MPV maklumlah dah besar-besar kan…Tapi saya katakan sabar, sampai hutang kereta habis dalam masa 2 tahun lagi, baru kita beli MPV ok anak-anak?

Berbalik kepada perbelanjaan musim perayaan, sebenarnya kita boleh membuat persiapan awal…Misalnya mengasingkan RM200 ke RM300 sebulan duit gaji atau pendapatan yang kita dapat tu…Jadinya sampai masanya, kita dah ada simpanan dalam tangan sekurang-kurangnya RM2000, saya rasa cukup dah tu untuk perbelanjaan ala kadar…Ikut kemampuan masing-masing…Pada yang memang dah banyak duit tu tak pe la…Ini sebenarnya perancangan untuk mereka yang berpendapatan sederhana sahaja macam saya ni…Dulu masa muda-muda saya tak pernah pun buat bajet tapi bila dah ditimpa masalah cam tu, barulah saya pandai buat bajet dan hasilnya Alhamdullilah…

Berdasarkan bajet saya tahun ni, saya nak tukar langsir, sofa n meja makan…Yang lain tu cam biasalah, peruntukan untuk duit raya, baju anak-anak, kuih saya (yang ni saya nak buat sendiri dalam 3 atau 4 jenis je sebab anak-anak saya kuat makan, tak leh beli dah)…bangkrap mak…Nasib baik saya ambil cuti 4 hari masa si kembar periksa UPSR, jadinya saya ada lebih masa untuk buat kuih raya tahun ni…Yahoo…Lastly, bajet untuk balik kg…Kg kami ni jauh, satu di KB, satu di Johor…Sejak mak saya dah tak de ni, saya selalu balik ke KB je sebab mak n ayah mentua saya masih ada…Yelah…Afdal menziarahi orang yang hidup kan…Nanti lepas raya ke 4 atau 5 saya balik ke johor pulak untuk menziarahi abang-abang di sana dan terutamanya kubur arwah mak dan ayah saya…Adik beradik perempuan saya semua kat Selangor je jadinya, boleh pergi rumah diorang untuk ziarah sahaja…Semua tu memerlukan bajet yang tinggi…Sekurang-kurangnya dalam RM1 k gitu…Cukup ke? Insyaallah…

Wednesday, August 19, 2009

UPSR – 18 Hari Lagi; PSRA – 25 Hari Lagi


Hai…menghitung hari sungguh mama ni…Apa taknya…Anak yang nak periksa mak yang lebih…Harap-harap semua ok…Sehingga semalam, trial ke4, kakak dah score 4A, tinggal 1 lagi keputusan belum terima, kalau A jugak bermakna 4 kali trial kakak dah score 5A…Ada harapan dapat 5A masa UPSR…Insyallah…PSRA (KAFA peringkat negeri Selangor), kakak dapat Mumtaz – maksudnya peratusan lebih 90%...Score kakak no 2 dengan result 8A…Alhamdullilah…Harap-harap kakak dapat score 8A jugak masa periksa PSRA yang bakal bermula 14 September nanti…

Kak Ngah pula, sehingga semalam dia baru dapat tahu 1 subject je dan dia dapat A…4 subjek lagi dia tak tahu lagi…Mulala kak ngah tu suspen…Dia tu cepat gabra, risau memanjang…Peperiksaan PSRA dia dapat no 1. di depan kakak…Dia pun dapat 8A jugak…Moga-moga kak ngah juga score 8A dalam PSRA…Mama doakan…

Sebenarnya kakak dan kak ngah merupakan calon-calon harapan sekolah untuk score 5A bagi sekolah kebangsaan dan 8A untuk sekolah KAFA…Berdasarkan peperiksaan mereka sejak darjah 2 (kami start pindah ke kawasan perumahan ini 4 tahun yang lalu), markah mereka tidak pernah mengecewakan…Harap-harapnya, mereka berterusan begitu…

Namun, dah namanya emak kan…Risau, nervous tetap bermain di minda…tambahan lagi mereka memang jarang mengulang kaji di rumah…Mula-mula dahulu, memang membebel jugak mama ni bila menengok mereka tengok TV masa nak periksa…Ambil buku bila mereka kena paksa tapi bila baca buku, diorang tak score pulak…So mama pun give up dan terserah pada mereka bila nak baca buku…Bila tak paksa, score memanjang aje…Mungkin mereka berdua ni konsentrate bila guru mengajar dalam kelas, so ilmu terus melekat dalam kepala sampai tak tak payah mengulangkaji…Wallahualam…Harap-harap mereka dapat menempuhi kedua-dua peperiksaan dengan tenang dan cekal…

Lepas dua periksa besar tu, barulah raya…Huh…Raya sakan la budak berdua tu nanti sebab dah terlepas 2 beban besar atas bahu…Yelah, kalau dah jadi calon pilihan sekolah, mestilah kena maintain status tu…Kalau tak, malu beb…



Tuesday, August 18, 2009

19 Hari ke UPSR

Mama nervous sekarang ni, pasalnya 2 orang anak mama akan menduduki UPSR tak lama lagi…Kalau ibu-ibu lain tension…mama double tensionnya…Mana tak? Dua orang tu beb…Tapi mama tahu, kedua-duanya dah ready…Trial 3 kali kakak score 5A, kak ngah 4A 1B…Sangkut kat subject Sains…Kesian dia tapi mama bagitau kak ngah, dia boleh…jangan risau…jangan stress…jangan nervous…Padahalnya mama dia yang lebih nervous…Banyakkan doa, solat hajat…Lepas usaha kita bertawakal…Tak gitu???

Mama berusaha untuk update blog ni setiap hari (kira azam sempena Ramadhan la ni)…Orang mula awal tahun mama mula hujung tahun…Kena paksa diri…Kalau tak memang tak jadila semuanya…

Banyak gak azam sempena Ramadhan ni:

1. Tak nak pergi bazaar Ramadan – tahun lepas hari-hari tapi makan benda yang sama je setiap hari…Sudahnya jemu gak…So mama bersiap sedia prepare dishes yang mudah dan simple je so tak de la payah benor nak masak…Mama bagitau anak-anak, mama nak siapkan 1 main dish, 1 sayur, 1 pencuci mulut, dan 1 air je…Suka tak suka kena la terima cakap mama diaorang yang ala-ala diktator ni…
2. Nak banyakkan sembahyang tarawih…Selalu ada jugak lubang-lubangnya, nak cuba buat penuh kalau tak berjemaah, cuba buat sorang-sorang…Usaha Tangga Kejayaan.

3. Jangan membazir – beli yang perlu je terutama keperluan hari raya…Mama ni cakap je…sampai masa, ada duit huh nan ado…apa anak mintak, malas nak bising – amik je la anak oi… hehhehe…Anak pun dah tau feel mama dah…Tapi diorang tak le mengambil kesempatan sebab ada masa mama dia kata tak boleh memang tak boleh langsung…So berpada-pada la ye…
4. Nampaknya, raya tahun ni balik ke Kelantan…So terpaksa menahan diri dengan gigih untuk tidak menyopping satu Kota Bharu…Tak nak g Pengkalan Kubur beli barang dapur…kalau dah start…Tolong…tolong…Tak dapek den nak menolongnya…

Cukupla setakat ni azam yang ada…4 ni pun belum tau boleh terlaksana…Letak lagi banyak…lagi la…Mama ni nasib baik je tak guna Kad Kredit…Dulu adala…tapi sebab gile meroyan tak boleh kontrol diri shopping maka kad-kad kredit itu (rasanya ada 5 keping) telah dipotong dan dicampak masuk ke dalam laut…Sekarang mama bahagia sebab tak de hutang kad kredit…Yahuuuu…Nampaknya ada lebih banyak duit untuk shopping dengan cash…Mama kena bagi contoh yang baik kepada anak-anak berempat tu…Mama selalu pesan, kalau tak de duit jangan beli…Ada duit baru pergi kedai…Psikologi tu tapi nampaknya berjaya la setakat ni…Kalau diorang nak apa-apa, mama akan cakap bajet dalam bulan ni tak de…Tunggu hujung bulan baru ada duit bila dah dapat gaji…Maka anak-anak ku itu akan bersabar menunggu hingga minggu keempat setiap bulan baru dia akan mendapat apa yang dihajati…Tapi yang tak berapa mahal la…Yang mahal, kalau berhajat sangat beli sendiri…kena tunggu duit raya ke atau birthday…Kalau tak…Jangan harap dapat ye…Biarlah diorang rasa mama dia kedekut ke…mama dia tak de duit ke, janji tak membazir…Bukankah membazir tu amalan Syaitan?

Monday, August 17, 2009

Salam dari Mama Galadriel

Salam...
Banyak nak tulis tapi tak tak tahu mana nak mula...Harap-harap blog ini akan jadi memori bila dah betul-betul tua besok sebabnya mungkin masa tu dah dihinggap Alzeimer (nyanyuk kata orang Melayu)...Sekarang ni kira muda lagi (ehem baru early 40's ye)...Anak pun baru meningkat remaja...
Mengapa pilih Galadriel? Galadriel bermaksud Lady of Light...Dalam Bahasa Arab bermaksud Nur... Bermakna mama yang hidupnya sentiasa mahu mewarnai hidup orang lain...anak-anak...suami...kawan-kawan dan lain-lain...
Sebenarnya Galadriel merupakan salah satu watak dalam cerita Lord of the Rings...Pada yang tak biasa dengan cerita ni, cerita ini ditulis dalam 3 novel oleh J.R.R.Tolkien...yang terdiri daripada Fellowship of the Rings, The Two Towers and Return of the King...Watak Galadriel ni cam orang bunian dalam cerita-cerita Melayu...Tengok, sapa kata orang putih tak buat cerita pasal orang halimunan...Diorang percaya, penghuni dunia ni terbahagi kepada tiga Elf (bunian), Men (Manusia) and Wizard (orang agama)...
Jadikan sebab nama mama ni bermula dengan Nur, jadikan Galadriel merupakan pilihan yang paling tepat kan...Harap-harap mama memang menjadi seorang insan yang menerangi hidup orang lain dan mampu membahagiakan keluarga...Amin...