Sunday, February 21, 2010

Medical Check up di Hospital Pusrawi


Nak masuk ofis baru kenala buat medical check up…Alkisahnya, ai kena buat check up dekat Hospital Pusrawi, Jalan Tun Razak hari tu…Huhu…masa buat test mata, tak pakai speck memangla out, tapi dengan spec, perfect tu ai punya vision…6/6 kiri kanan…lepas tu buat test warna, semua ok…maknanya, mak cik ok and sihat untuk seseorang berusia 40-an…X-Ray, so clear…air kencing ok…pendek kata semua ok, except 1 benda je, ai nye berat kat scale tu, 75.4 kg…terkejut mak cik…ye ke…siap tanya kat nurse tu, betulke scale tu, ai memang tak caya sungguh ataupun sebenarnya acik hidup dalam denial…huhu, berat ideal mak cik sepatutnya 60 kg, bukannya 75.4 kg… sedihnya ai…maknanya, I kena turunkan 15 kg dalam masa 2 – 3 bulan ni…huhu, camana ek…Adakah ai perlu memberhentikan makan nasi dan concentrate untuk makan sayur-sayuran buat beberapa bulan…terpaksala kot untuk kesihatan diri sendiri…



Wednesday, February 17, 2010

Bila my last day ni wei!!!

Esok my last day kat ofis ni tapi sampai sekarang bos di Singapore insist my last day on 24 Feb…Serius, ai memang tak faham kenapa diorang nak tahan ai sampai my last day sedangkan ai ada cuti 3 hari, so tolak je la kan my cuti 3 hari tu…HR pun dah cakap, on physically my last day will be on 19 Feb but my boss said kebenaran untuk pergi awal tertakluk kepada kebenaran dia…Huhu, ai buntula cam ni…macamla ai ni penting sangat kan…macamla kalau ai tak de company ni akan tutup terus kan…kalau ai ni penting sangat counter offer la…tapi sampai towards the end masih nak suruh ai kerja lagi…ape la…hari ni ada 2 teleconference dengan Singapore ofis, satu pasal production, satu pasal my duty yang dah dibuat selama 4 tahun kat sini…Suka hati korangla macam mana nak mulakan project apsal lak nak tanya ai camana nak mulakan project, expectation, hehehe cam budak baru yang nak belajar kerja pulak…satu lagi, suka hati korangla nak bagi task yang ai buat dulu tu pada siapapun, kan ai dah tak de kat sini kan…serius…what’s wrong with all these people la…my bos kat Singapore tu insist sangatkan ai datang kerja on my leave, ai tak kisah, so I tanya pada HR department diorang nak bayar tak leave I tu, bila HR kata nak bayar, diorang nak kelam kabut nak buat meeting hari ni, hek aleh…berkira sangatnya, so tak nak bayarla tu, tau pun…Dia ingat ai suka-suka ke nak mula kerja tempat baru sebab pada tarikh tu…ai kan ada cuti, suka hatila ai nak buat ape dengan cuti ai tu, kalau nak bayarla…kalau tak nak bayar, bagila ai lepas awal ye…

Biarkan Danish begitu


Danish dah masuk darjah 5 tahun ni dan bukan anak yang aktif berbanding kakak dan kak ngah…Langsung tak de sijil penghargaan dari sekolah…Ai risau gak tapi bila mengenang nasib kakak dan kak ngah yang excellent dalam sukan, persatuan dan menjadi pengawas dan pengawas perpustakaan di sekolah serta excellent dalam belajar tapi tak dapat masuk ke mana-mana asrama penuh, ai biarkan saja Danish tak aktif…Biarla dia dengan dunia dia…dunia game dia…tak aktif kat sekolah pun tak ape la…janji belajar dia ok…kalau dapat kat asrama sekolah agama sama dengan kakak dan kak ngah ai dah cukup happy…biarla anak-anakku cemerlang dalam bidang agama sebab itulah sahaja bekalan yang dapat ai berikan kepada mereka…Nak mengajar diorang memang ai tak pandai, dapat masuk ke sekolah menengah agama pun ai dah bersyukur…

Jadinya, biarla Danish tak aktif dalam satu apa pun, sebab kalau aktif pun dia tak mungkin dapat ke asrama penuh, tak mungkin dapat ke sekolah SAMBEST yang terbaik di Selangor walaupun dapat Mumtaz macam kakak dan kak ngah, tak mungkin dapat MRSM walaupun gaji mak dan ayah dalam 8k sahaja sebulan…biarkan…biarkan…


Thursday, February 11, 2010

HAPPY 11TH BIRTHDAY TO MY DANISH!!!!!



Hari ni genap usia Danish 11 tahun…Dah besar anak mama ni…Dah selamat bersunat pun pada hujung tahun 2009 tapi malangnya gambar dah didelete oleh kak ngah secara tak sengaja…Nak buat camanakan…Tak ada rezeki untuk ada gambar Danish sunat…

Sekejap je Danish dah 11 tahun…Dulu, masa lahir kecik je…2.8 kg kat klinik martenity, Jalan Klang Lama…Bukan Danish je, semua anak mama disambut oleh Dr Yati dan Dr Siti kat situ…Danish sebenarnya jadi secara tak sengaja…kiranya accident pasal tak plan pun nak mengandung sebab kakak dan kak ngah masa tu baru setahun 1 bulan je…tapi rezekikan…dah ada tak kan nak tolak pulak…Mengandung Danish paling senang…Dah dekat 3 bulan setengah baru tahu mengandung…Sebabnya, 3 kali test pun tak de…1st buat kat klinik, Dr kata tak de, mungkin stress kot…kali kedua sendiri buat, pun tak nampak juga…hish…tensen-tensen…betulla kot stress…kali ketiga pergi klinik lagi sekali, pun tak de…still ok lagi…dah masuk 3 bulan setengah tak period terus pergi gynea…scan baru nampak, kecik je Danish menempek kat dinding rahim…huhu…ade rupanya…dahla selama 3 bulan setengah tu mama makan bukan-bukan, tak berjaga langsung…angkat benda berat-berat…hish…hish…kalau dah rezeki kan, kita punya tetap kita punya…Mama cakap kat encik suami yang mama nak lelaki sebab anak kembar pertama mama tu dua-dua perempuan…so memang dimakbulkan doa mama tu, dapat Danish…Plannya nama Danish dan Danial tu untuk kembar pasalnya mula-mula Dr kata baby kembar tu dua-dua lelaki…tup-tup dua-dua keluar lelaki da…so letak nama Danish dulu tapi nama Danial tu tah bila la boleh letak, mungkin untuk cucu kot…berangan dah mama nak cucu ni…

Danish keluar dalam pukul 8.30 selepas mama diinduce selama 4 jam…Hari nak bersalin tu mama masih pergi ke ofis lagi, tapi dah rasa macam dah terbukak pulak…tapi mama masih g ofis la…dalam pukul 10 cam tu, mama rasa semacam je sakitnya, so mama pergi bilik air dan tengok dah keluar tanda – cecair berdarah sikit, so mama nak gi klinik dah…kawan mama, cik aid an acik yang hantar, mulanya big boss nak hantarkan tapi tak nak la mama, nanti ape isteri dia kata pulak…so mama dan kawan-kawan mama tu g naik teksi je…sampai Dr periksa dan bagi tau dah bukak dalam 2 inci so dia tahan mama dah…telefon encik suami suruh dia datang ke klinik, so kawan mama yang dua orang tu balik ofis la…sebab encik suami dah sampai…mama tak makan tau sebab Dr dah suruh keluarkan segala sisa makanan dari dalam perut…habis keluar sebab dia nak start induce mama pukul 4 lebih…huhu memang siksa tak makan ni, tapi kang kalau makan, masa meneran terkeluar t**i pulak, marah pulak Dr kan…Masa diinduce tu mama kena baring kat katil je, habis buku dan majalah mama baca habiskan…lepas 3 jam setengah, doktor datang dan pecahkan air ketuban…sebaik air ketuban pecah je, mula la mama sakit beriya-iya nak beranak…nak terberak pun ada…yang kelakar, nurse suruh mama teran tapi mama teran kat muka bukan kat perut hahahah, manala Danish nak keluar, ye tak…lepas dalam 15 – 20 minit, teranan kali terakhir, Danish pun keluar, Alhamdullilah…jahit Danish pun sikit je, dalam 7 cam tu…so dalam puku; 9 lebih, semua dah settle, perkara yang mama mintak dengan Dr ialah makanan…Dr kata, makan biskut dan minum milo dulu, makan ubat tahan sakit, baru boleh makan…kelakarkan…orang tahan sakit, mama siap makan nasi dengan ayam kicap lagi…lepas tu, sepanjang malam mama tak tidur, bukan sebab sakit tapi tak lena sangat nak tidur sebab orang sebelah katil mama tu asyik mengerang sebab dia kena ceacer…

Kenangan indah kan…Danish jadi anak kesayangan mama selama 5 tahun sebab lambat dapat adik…Danish menyusu badan sampai 4 tahun…Paling senang jaga Danish…kalau dah tidur, memang Danish takkan bangun walau bom meletup tepi dia…Masa Danish 7 bulan, dia dah mula berdiri tapi berdiri je la, takut nak gerakkan badan dia sebab badan Danish ni berisi sikit…kira-kira comel sungguhla, dengan kulit putih, badan gebu, mata sepet cam anak cina, ramai cakap Danish tu anak angkat mama…Huhu pandai-pandai je kan sebab penat-penat je nak mengandung tiba-tiba cakap anak angkat pulak…Apela…

Masa Danish 7 bulan, Danish pernah jatuh terhempas ke lantai masa mama tengah sibuk menghenjutkan buai…Mama menjerit punya kuat sebab takut kalau-kalau apa-ape jadi kat Danish…Danish menangis terkejut dengar mama menjerit bukannnya sebab kepala dia sakit ke ape ke…hheheheh…Danish kalau nak menyusu malam-malam senang je, dari dia kecik, dia akan cari sendiri puting mama kat mane heheheh…beshnye mama tidur macam tak de anak pulak…

Sampai sekarang Danish kurang bermasalah, belajar sederhana je, tapi takla teruk, masih duduk di kelas pertama dan kedua…tahun ni Darjah 5, tahun depan nak UPSR dah…Mama sayang Danish…Harap Danish jadi insan cemerlang, yang akan menjaga mama dan ayah masa tua nanti, ye…Harap Danish berjaya di dunia dan akhirat…Danish sorang je anak lelaki mama, so Danish kena jaga kakak, kak ngah dan Umairah…Satu-satunya penyambung zuriat cik suami…adik beradik cik suami ramai anak lelaki, cuma cik suami yang kaya dengan anak perempuan dan kurang anak lelaki…

Tapi Alhamdullilah, so far Danish tak pernah buat perangai di sekolah…nakal budak2 lelaki biasala kan…kalau tak nakal orang cakap ape la pulak…

SO, HAPPY 11th BIRTHDAY DANISH…MAMA DAN AYAH SANGAT SAYANG PADA DANISH….

Tuesday, February 2, 2010

Sudah Februari

Sudah Februari da…

Cepatnya masa berlalu…hari ni dah 2 Februari…maknanya ada 20 hari lagi sebelum ai meninggalkan ofis ni…Minggu agak busy menghabiskan semua kerja-kerja yang akan diserahkan kepada ofis di seberang tambak…Huhu…nasib baikla tak banyak sangat dah…kalau tak haru gak semua nak dihandoverkan…kiranya kalau minggu depan dah siap dihandover, ai bolehla rileks sepanjang minggu selepas Tahun Baru Cina tu…Rasa tak sabar nak masuk ofis baru…Bagaimanala suasana di sana nanti kan? Bagai manala politik ofisnya nanti…Kat ofis lama ni, politik ofis memang hebat, tapi ai boleh survive la…harap-harapnya, kat ofis baru di mana majoritinya kaum sendiri, politik ofis tak mungkin dapat dielakkan kan…Insyallah, kalau kita ikhlas, tiada apa yang nak ditakutkan…Kepada Allah ai berserah…

Anak-anak ai ni sejak sibuk dengan upacara sukan ni, nak telefon ai pun tak sempat…bila tanya sibuk sangatla tu…ai faham jugak sebab terkejar sana terkejar sini…itupun aid an en hubby dah settle masalah baju-baju diorang, kalau tak entah macam manala diorang nak survive kat sana…

Semalam ai notis, dua kucing oren yang ai selalu bagi makan dah tak de kat rumah ai…dah dua pagi tak nampak…siapala yang dah amik kucin-kucing tu…dulu masa kucing tu kurus kering, tak de yang sanggup nak ambil bela…ni dah sihat walafiat gemuk gedempol sebab hari-hari makan ‘smartheart’, start la hilangnya…Dulu kucing ai si baby pun cam tu jugak…hilang tah ke mana…agaknya sebab comel dan gebu sangat kot, ada orang berkenan dan bawak balik…hai la kucing…sayang-sayang pun hilang jugak…