Friday, January 28, 2011

Masa untuk Memulakannya! Now!!!!!

Dari sehari ke sehari, ai nak turunkan berat badan tapi masih tak jadi-jadi jugak. Ada je excuse untuk mengelak dari memulakannya. Berat ai terlampau la beratnya. 85 kg, overweight dekat 25-30...Please la ai...please la wake up sebab berat terlampau sangat ni.

Pelik kan manusia ni. Ai la tu. Berat dah bertambah sebab dah mid 40 kan (hati maintain muda heheh). Tumit ai yang sakit ni rasa dah tak mampu nak tampung badan ai ni. Semalam ai balik drive, rasa kebas sebelah badan kanan. Ai dah suspen dah. Kot tiba-tiba ai diserang strok sebab kolesterol ai tinggi ke, darah ai tinggi ke, risau tetap risau tapi nak buat camana. Kena drive jugak balik ke rumah sebab En hubby drive kete lain ke ofis dia. Dah tu ada lak adik sepejabat yang tumpang ai, so kena drive je. Sepanjang perjalanan selama 45 min tu, ai berdoa jangan la tiba-tiba kaki ai cramp ke ape ke. Beberapa kali ai dah sedawa untuk keluarkan angin. Alhamdullilah selamat sampai ke rumah dengan jayanya. Lepas dinner dengan anak-anak di kedai, balik rumah tapi En hubby ada kerja kena pergi KLIA, so ai bertiga aje la. Malam tertidur sampai pkl 12.30, tengok En Hubby tak sampai lagi. Badan sebelah kiri ai lengoh sangat sampai tak larat nak angkat, ai lagila risau kan. ingat dah kenapa. Ai sms En hubby suruh belikan air halia, nasib baik sempat. Ada ka minum air teh o halia tengah-tengah malam kan. Tapi nak hilangkan angin punya pasal kan. Telan je la. Lepas angin dah keluar tu barulah nyaman sket perut ai. baru boleh tidur.

Ai paling risau kalau jadi apa-apa masa ai tengah tidor. Manalah kita nak tahu kan, tiba-tiba tanpa dijangka. Ni semua pasal asyik makan kedai dah dekat setahun. Hopefully lepas dapur ai cantik, ai akan mula masak balik....

Wednesday, January 26, 2011

How to reduce weight?

Emmmmm.... makin tensen ai ni. Ai dah overweight 25 to 30 kg. Tapi yang heran orang boleh cakap tak nampak pulak macam ai ni gemuk sangat. Hoho no..no..no.. so kat manakak semua lebihan lemak ai tu ada? Di pinggang kah? Di perut kah? Di ponggongkah? Di paha kah? Jawapannya adalah semua di atas. So macam mana kah cara untuk menurun kan berat badan berlebihan ai tu??????

Lepas ai browse internet dan cari kaedah terbaik untuk menurunkan berat badan, ini adalah cara-cara yang mungkin boleh ai lakukan:
(a) memanggang makanan - ayam, ikan & sayur-sayuran;
(b) merebus - ayam, ikan & sayur-sayuran;
(c) membakar - seperti yang disenaraikan;
(d) mensteam - seperti yang disenaraikan;
(e) Jangan makan nasi kat kedai -masak kat rumah saja.

Huhu rasa-rasa bolehkah ai lakukannya? Boleh tak boleh kena boleh jugak sebab berat ai dah terlebih sangat-sangat ni...Rasa dah berlipat-lipat lemak kat perut ai ni. Duduk senak, bangun nak berjalan tumit rasa sakit, bangun tidur rasa berat, angin hoho...banyak kan...

Ai kena beli kasut joging dan basikal letak kat rumah. Kena...kena...kena...

Thursday, January 20, 2011

Tengah Renovate Rumah

Masuk hari ni dah 4 hari ai duduk dalam rumah yang berdebu...Buat renovation sikit-sikit. Dulu masa masuk rumah tu, tangga kayu terlopong bawah dan tiada stor, jadi bila ada lapang sikit, baru nak buat renovation tangga - jadi tangga simen & ada stor kat bawahnya. Lepas tu dapur, injakkan ke belakang sikit dan lepas dah siap, pasang sinki kat belakang, baru nak pasang kitchen kabinet. Huhu bila la nak siap. Kalau ikut kata kontraktor tu, sebelum Raya Cina ni siapla. Harap-harap jadi kenyataan. Malasla nak biar rumah bersepah-sepah lama-lama sangat. Penuh debu dan simen. Ni nak naik tingkat atas kena hati-hati sebab diorang dah kopakkan tangga. Nasibla labu. Nasib baikla hari cerah, so cepat gakla simen tu kering. Hari Ahad dah boleh pasangkan mozek dan pasang pintu depan. Ai buat sikit-sikit je. Lepas ni kalau ada duit lagi, ai nak jadikan sliding door tu pintu pulak. Tak comey arrrr... Malas nak besarkan banyak-banyak. Budak-budak tu 2 orang duduk asrama. Kalau abang ada rezeki dalam UPSR, dapat masuk asrama harap-harap dah tinggal Umairah sorang je. Besar-besarpun bukannya ada orang duk rumah kecuali cuti sekolah kan...

Anak-anak eksited pasal I nak buat dapur baru. Kakak dan k ngah tu kalau balik rumah, mesti cakap, mama masakla...kitaorang nak makan masakan mama...Huhu kesian kan tapi ai cakap nanti kalau dapur mama dah siap, kita masak-masaklah...now diorang tengah tunggu janji-janji ai tu. Harap-harap ai jadi semakin rajin untuk memasak selepas ini.

Semalam ai dah tengok fridge baharu kat kedai. LG 2 pintu. Cantik u...ada bunga-bunga tapi bajet tak de lagi, so kena simpanla hasrat tu dulu. Nanti ada rezeki lebih, ai sambar satu. Semalam, ai g kedai tu pun sebab nak beli dapur masak. Ai beli dapur Zanussi 4 stove tu, siap dengan oven elektrik sekali. Kononnya nak masak kek la, masak biskutla, nak grill ayam la...macam-macam... Lepas tu ai beli TV LCD gak...42 inci tu. Ermmmm, bila dah beli dok terfikir lak, siapalah yang nak menengokkan...Tapi bila fikir balik, masa lapang tu tengok je la TV, apa susah sangat...kerja dah rileks, mari menonton la jawabnya.

Pagi ni kedai tu telefon nak hantar. Ai cakap, nantila sebab ai nye renovation pun tak siap lagi, camana nak letak kat dapur. Nanti dah ok, barulah hantar. Harap-harap, hujung minggu depan siaplah renovation, dan suruh diorang hantar dapur, TV dan hood sekali. Kitchen kabinet diorang nak pasang pada 19 Feb, lepas raya Cina. Ape nak buat. Kalau ai pasang sekrang, nanti kabinet ai berhabuk pulak, nak bersihkan susah pulak, jadinya lepas settle semua dah bersih barulah boleh betulkan...

Ermmmm....Masuk tahun 2011, rumahku cantik harapnya...


Thursday, January 6, 2011

Emmm Apa Ada Pada Rasa



Emmmmmmmmmmmmmmmmmm, panjangnya keluhan kan. Itulah yang terjadi pada ai. Masa dalam meeting tadi, tiba-tiba projek yang saya dah jalankan sepanjang tahun lepas digantikan dengan orang lain. Macam mana rasa tu ek? Bernanah hati? Sakit hati? Rasa macam ditusuk sembilu? Huhu, cam tu la rasanya. Semua ada! Tapi nak buat camana kan. Bos dah ambil keputusan cam tu. Dia rasa ai tak buat kerja dengan baik, I dah delay projek kot sebab tu dia tarik balik. Tak pe la. Mungkin pada permulaan ni, ai rasa sakit hati tapi dalam masa yang sama, ai patut bersyukur kerana kerja ai semakin ringan dan gaji masih sama. Itu yang penting tau, gaji tetap maintain. So kalau dia kata I tak perform tahun 2010, ok, I mengaku, nak buat camana kalau tu yang dah dijudge oleh bos sendiri. Redhoooo je. Alhamdullillah....

Start tahun ni, ai akan concentrate pada memantau perjalanan pengatur huruf sahaja yang ai rasa macam bagus jugak, so KPI tahun 2011 mungkin lagi cemerlang. So ai akan pastikan kesalahan dan kelewatan yang ada tu bukan disebabkan oleh ai tetapi sebab ai disabotaj oleh staf lama di pejabat ni yang berasakan ai telah merampas kedudukan mereka. Ai akur sebab ai tahu bos ai pun tidak akan mahu mendengar apa yang ai katakan. Dia akan sentiasa menyebelahi dan bersetuju dengan staf lama yang memang telah sebati dengan perangai lambat dan mentaliti kerajaan tu.

So, ai harap dengan pertukaran pengurus projek, projek itu akan berjalan dengan lebih lancar lagi. Sekurang-kurangnya harapan bos ai tu tercapai jugak la hendaknya. Ai doakan yang baik-baik sahaja. Jangan stress kan otak. Nanti datang penyakit lain. Azam tambahan ai tahun ini adalah 'Mula kerja pukul 8.30 pm dan balik sharp 5.30 pm." Habis cerita. Jangan sakit-sakit hati, ok...


Tuesday, January 4, 2011

Selamat Bersekolah Umairah

Hari ni hari kedua Umairah bersekolah. Masa hari pertama memang kelam kabut sebab sekolah agama tak settle lagi, transport tak settle, sebab van sekolah yang Danish naik tu tak nak hantar dan ambil Umairah sebab sekolah dia jauh sikit. Huhu kesian anak bongsu ku itu. Tapi ai respect dia sebab dia tak nangis, malah, ai tak bagi duit sekolah, cuma bagi dia bawak roti dengan air kosong je sebab risau dia tak pandai beli lagi. Tapi bila balik dia cakap, dia pandai beli dah, bagi duit nanti dia beli sendiri heheheh terer rupanya budak kecik tu.
Hari ni hari kedua Umairah sekolah, dan merupakan hari pertama dia sekolah agama. Menangis la pulak sebab dia kena pakai tudung. Walawei anakku, mana ada sekolah agama yang tak pakai tudung. Udahnya, pegi balik sekolah dia tak nak naik van, ai anta dan ambil dia. Tapi sekolah kebangsaan ai biarkan dia belajar naik van sebab esok ai sekolah camana lak dia nak belajar cara nak naik transport. Ai dan En. hubby jadi spy lak duduk tengok dari jauh je. Tengok ok je, lepas dah mengendap kat nurseri, kita berdua jadi spy lak depan sekolah. Nampaklah dia turun dari van dengan kawan-kawan sebaya dia, cam ok je. Lepas tu masa rehat, ai datang jenguk dia, elok je tengah makan keropok lekor. Ai tanya duit tinggal berapa, dia cakap tinggal sikit sebab kawan dia pinjam, esok dia ganti balik. Boleh cam tu? Alahai baik hati la anak ai ni hehehehe.
Hari ni I asyik dapat call bertalu-taolu dari bos suruh ai naik esok, walaupun cuti dah approve 3 hari. Nasib la badan. Ai memang bercinta nak amik cuti lama-lama. Cuti 2 haripun dah macam cuti 2 minggu, tak sempat-sempat tunggu ai datang. Ras anak jerit je kat bos cam tak faham orang ada anak kena tengokkan. Sabor je la.
Hehehe malam ni ai dapat my Exora. Alhamdullilah. Rezeki Umairah la kan. Itu je MPV yang ai mampu beli. Alhamdullilah...Tercapai jugak cita-cita ai nak beli MPV. Azam no 1 dah tercapai.

Sunday, January 2, 2011

Selamat Tahun Baharu 2011

Emmm, hari ni dah 2 Jan. Maknanya dah hari kedua tahun baru, dekad ke-2 abad ke-21, sekejap je kan masa berlalu. Rasa cam baru je sambut tahun 2010, sekarang nak masuk hari kedua tahun 2011.

Tahun ni kakak dan k ngah masuk Form 2 dah. Setahun lagi dah nak periksa. Sekejab je kan. Hari ni kakak dan k ngah balik ke asrama. Pagi-pagi dah bertolak sebab mungkin ramai orang dah kat asrama dan sebab barang dia banyak nak dihantar. Kesian budak berdua tu sebab duduk dorm lain-lain tapi kelas maintain sama. Masa minum pagi, kak ngah nangis mungkin sebab tensen duk jauh dari kakak. Kakak pulak bila tengok kak ngah nangis, dia sebak la pulak. Last-last dua-dua menangis sambil makan. La...bukannya pisah sekolah pun, cuma pisah dorm je. Hari-hari pun jumpa dalam kelas. Hahahaha anak-anak kembar ai ni ada-ada je kerenahnya. Masa kat rumah cuti bergaduh memanjang. Nak balik sekolah duk lain-lain dorm, mulala menangis. Macam-macam...

Semua persediaan untuk sekolah dah ai sediakan. Tahun ni Umairah dah masuk darjah 1. Alahai, anak manja mama dah besar dah. Rasa cam baru je bersalinkan dia dekat 7 tahun yang lalu, tup-tup dah masuk darjah 1. Kesian Umairah. Problem betul. Sebab dia sekolah baru yang waktu sekolah untuk darjah 1 tak sama dengan sekolah lama kat situ, dia dalam list KIV untuk sekolah agama. Minggu depan baru tahu boleh masuk ke tak. Transport pun tak settle lagi sebab sekolah tu jauh, so esok baru nak carikan transport. Hai, Umairah...kesian betulla. Dugaan memanjang.

Tahun ni Danish masuk Darjah 6. Nak periksa dah anak bujang ai ni tapi suka sangat menyakat Umairah dan gaduh dengan dia. Danish jadi pengawas tahun ni. Baju dia dah siap tempah sepasang tapi nanti nak tempah lain lepas ni takut sepasang tak cukup. Mudah-mudahan Danish dapat turut jejak langkah dapat 5A dalam UPSR. UPKK sama dah dapat 8A dan mumtaz. Tahun ni jugak Danish nak periksa PSRA. Dua peperiksaan besar untuk melayakkan dia masuk ke SBPI. Mudah-mudahan berjaya dan jalannya dipermudahkan.

Bagi ai pulak, tiada yang menggembirakan selain daripada dikurniakan anak-anak yang pandai, sihat dan mendengar kata. Azam ai tahun ni tak banyaklah cuma beberapa je:

1. Beli MPV sebab Umairah dah besar sangat, tak larat nak pangku dia kat depan sebab berat badan dia dah cecah 30 kg. Kalau Umairah duk kat belakang, budak 3 orang tu membebel je sempit. Lagipun kereta Accent ai dah masuk 6 tahun, dah wajib slow down dan ada pengganti yang baru. Mudah-mudahan dapat. Amin...

2. Nak turunkan berat badan 20 kg. Dah teruk sangat overweight. Berat ai dah cecah 79-80 kg sedangkan berat ideal ai sepatutnya 58-60 kg je. Kena jaga kesihatan sebab anak-anak ai kecik-kecik lagi dan ai nak hidup untuk bela anak-anak diorang...Hahaha jauhnya angan-angan kan, tapi tak salah minta dari Allah kan...

3. Nak tingkatkan lagi prestasi kerja ai sebab tahun lepas masuk tempat kerja baharu bulan ujung Feb, ai berjaya mencapai target ofis untuk publish 156 buku. Tahun 2011 ni, kena mula awal untuk capai target lebih awal untuk bercuti dengan aman dalam bulan Dis. Harus berusaha lebih keras untuk mencapai target itu.

Tu je la. Nak target banyak-banyak tak boleh, takut tak tercapai. Harap-harap azam yang 3 ni dapat dicapai dengan jayanya.