Tuesday, October 27, 2009

Otakku tepu

Ape nak blog ni...Kes otak tepu kembali ni...Hari-hari ai sama seperti biasa...Pergi kerja balik kerja...sampai rumah buat kerja rumah...Habis kerja rumah...malam tidur...Subuh bangun dan pergi kerja balik...emmmmm....menghitung hari ke usia pencen...hu lambat lagi...masih ada belasan tahun...
Minggu ni anak-anak kurang g sekolah agama sebab periksa UPKK...Kakak & K ngah dah ambil tahun lepas dan mereka berjaya score 8A...Sekarang mereka tengah tunggu keputusan PSRA pulak...Khabarnya pertengahan November selepas result UPSR...
Kakak down sikit minggu ni...K ngah bagi tau kakak risau pasal keputusan peperiksaan sains UPSRnya...Dia dah tersalah buat...OOOO sebab tu kakak bagi tau dia nak masuk sekolah agama je...Kesian kakak...tensen sangat sampai risau...tapi makan masih laju hehehe...ai selalu bagi tau diorang...tak dapat 5A UPSR bukan penghujung jalan...Enjoy life...Jangan buat sampai semua D udahla...Kalau dah belajar, usaha tapi tak dapat 5A, nak buat camana...Dah takdirnya macam tu kan...Tapi yelah, namanya budak kan...risau yang lebih...
K Ngah rajin sikit minggu ni...Tolong ai kupas bawang, masak nasi dan angkat baju dari ampaian...Sebabnya? Dia nak ai sambung langganan 365 M***s yang dah expired tu...Ai saja je tak nak sambung lagi...hujung minggu ni buat le hehehe...Kasi gegar sikit...
Danish minggu ni rileks sebab dari Isnin tak sekolah ugama, tapi minggu ni dia periksa sekolah kebangsaan pulak...Emmm anak bujang ai ni, belajor malas bebenor...Taun lepas kelas no 1, taun ni kelas no 2...ai takut taun depan dia jatuh kelas no 3 lak...Hish...kena buat sesuatu ni...macam mana nak bagi motivasi kan anak bujang ku ini...risau lak...cik hubby kata tak usah risau sebab dia dulupun macam tu gak...masa nak STPM baru rajin belajar...nasib baik boleh masuk UM...kalau tak...tak ontahla...
Umairah...minggu ni dia mixed sikit...macam malas nak sekolah...macam rajin nak sekolah...sedih ai bila tengok dia masih tak ingat huruf A,B C padahal dia dah umur 5 taun setengah...Menulis pun terbalik...Ai ingat dia dilexsia kot tapi tak le pulak...cuma sebab dia kidal, makanya dia punya tulisan pun terbalik...kena bagi perhatian lebih sikit pada umairah ni sebab dia ni manja terlebih hish...hish...nak buat camana anak bongsu...
Ai pulak...Minggu ni cam malas nak buat kerja kat ofis tapi kayuh jugakla walaupun perlahan...Baru hari rabu ni, mood dah macam hari jumaat walhalnya banyak kerja kena settle kat ofis dan rumah...kena motivasi lebih sikit ni cik oi...
Cik hubby...macam biasa balik kerja lambat...balik makan...tido awal sebab pagi esoknya kena bangun pagi untuk gosok baju dan masak lauk...hehe terbalik ek...cik suami nye tugas adalah memasak lauk tengah hari dan juga menggosok baju...Nanti cuti sekolah, selamat le dia sebab anak2 tak gi sekolah dah hahahah...Lambat lagi...Ada 3 minggu lagi huhu...
Rumah ku organized sikit minggu ni tapi banyak lagi yang kena kemas...Bincang dengan cik suami, kena cuti masa budak2 tu tak de...kena buang kain baju dah dah lama sangat tu...kosongkan kotak2 yang diisi baju-baju tu lepas tu masukkan barang-barang yang bersepah tu...camanala tu ek... kemas..kemas...declutter...declutter... ponat tul la...tapi kalau ai tak buat sapa nak buat ek...wonder ni...

Monday, October 12, 2009

Bersediakan untuk Menghadapi Keadaan?

Tadi ai terbaca satu post kat blog oversea pasal kawan dia ni kematian suami bila-bila masa...Ai memang suka baca blog-blog yang berkisar tentang kehidupan sederhana, kehidupan zen berjimat cermat dalam kewangan sebagai panduan...Dah bertahun dah baca blog oversea pasal benda-benda tu tapi bila search kat local, memang tak jumpa...So ai ingat nak menulis la jugak pasal cara hidup sederhana dan berhemah sejajar dengan ajaran Nabi Muhammad ye tak..Ai memang dah bertahun-tahun mengamalkan cara hidup berhemah ni...Ai tak guna kredit kad dan tak de hutang kredit kat...personal loan pun tak de...cuma ada kereta dan rumah je...Itu kira pencapaian besar jugak la sebab dahulu masa usia tu muda-muda sikit, memang ai terjebak dengan benda-benda cam tu...kredit kad ada 5 kot (tengok sampai lupa sebab dah lama tak de)...personal loan dengan B.R...Tapi tu semua ai dah tinggalkan bila ai sedar, hidup kita ni memang tak akan berasa aman selagi hidup dibelenggu hutang....
Berbalik pada blog yang ai baca tadi, suami kawan penulis ni meninggal dunia secara tiba-tiba dan meninggalkan dia yang tidak bekerja dan 4 orang anak yang masih kecik (alamak, cam nasib ai la pulak)... Suami sahaja yang bekerja menampung keluarga selama ni...isteri dah berhenti kerja sebab nak jaga anak 4 orang tu (kat sana belanja daycare memang mahal giler)... Malangnya, si suami meninggal tanpa meninggalkan 3 perkara yang maha penting ini, iaitu:
1. Insurans nyawa - ini sebenarnya sangat penting terutama kalau si suami yang bekerja...sebabnya, at least bila suami meninggal dunia, adala jugak tempat bergantung sebelum si isteri dapat memulakan perniagaan ataupun mula bekerja balik...kat Malaysia ni, kalau kerja kerajaan at least si suami meninggalkan pencen manakala yang kerja swasta pulak adalah jugak caruman KWSP...Tapi yang bekerja sendiri tu camana? Kalau insurans tak de, KWSP pun tak de, apa yang akan jadi pada isteri dan anak-anak yang masih kecil? Masalah tak de insurans nyawa ini sering berlaku pada masyarakat Melayu sebab kita ni masih tak peka dengan benda-benda macam ni sedangkan kaum lain terutama kaum China dah lama dah tahu pasal kebaikan insurans ni...Jadinya, orang Melayu perlula mengubah mindset mereka dan menjadikan insurans sebagai salah satu perkara yang wajib ada dalam list kita, memang nyawa tak boleh ditukar ganti tapi sekurang-kurangnya keluarga yang ditinggalkan tidak putus tempat bergantung buat sementara waktu...Ni ai dah ada ofis nye, so ai tak amik personal sebab ofisnya banyak dan free...ok sikit...
2. Wasiat - Orang Melayu memang lemah dalam bab-bab hal ni...Sebenarnya wasiat ni penting kerana kalaupun kita ada sedikit harta, orang yang ditinggalkan tahu tentang hak mereka...Contohnya, KWSP...setiap tahun, mereka akan menyuruh kita mengupdatekan penama sebab ada satu kes di mana si suami ni masa bujang-bujang letak nama girfriend sebab kononnya sayangla kan...So bila dah clash, kawin dengan orang lain dan beranak-pinak, si suami terlupa nak tukar nama pewaris KWSP dia...So bila tiba-tiba dia meninggal, si isteri pergila ke KWSP sebab nak uruskan pasal duit tu kan, alih-alih, tengo penama bukan dia atau anak-anak tapi nama orang lain yang tak dikenali...alamatnya telan air liurla...yang ni ai dan encik hubby bila dapat umairah, terus letak nama keempat-empat anak dalam list, so sorang dapat dalam 25% bagi kedua-dua KSWP kami...banyak tu tak la, tapi bolehla untuk menguruskan kewangan mereka jika berlaku apa-apa kepada kami berdua...Rumah pulak kami amik Islamic loan dengan B**k R**yat...Jadinya jika ditakdirkan kami berdua serentak tak de, rumah tu dapat kepada anak-anak yang berempat, dan tak yah bayar sesen pun sebab hutang rumah akan mati bersama-sama kami berdua...So kami kena le buat wasiat pasal benda ni, senang kalau terjadi apa-apa nanti...Lupa pulak, khairat kematian kena kemas kini sebab takut-takut nanti, orang tak tau nak tanam kat mana lak...
3. Emergency Fund - dalam bahasa Melayunya tabung kecemasan - kalau nak ikutkan, kita kena ada sekurang-kurangnya 6 bulan perbelanjaan rumah dalam tabung ni, tapi mungkin susah kot...Jadi, sekurang-kurangnya kita kena ada dalam RM5000 dalam tabung ni sebabnya, kalaula berlaku sesuatu yang tak terduga dan membabitkan kematian, sementara nak claim dari KWSP ka, insurans ka, masa nak uruskan jenazah tu semua perlukan duit, nak beli kain kapan, nak upah penggali kubur etc...tu semua bukan free, ada duit boleh dapat rumah terakhir, kalau tak, tanamla kat kampung nun jauh di sana...Duit khairat kematian pun kena bayar setiap tahun (updated) ye...Ni ai dah ada...
Ni la tiga perkara penting yang sering kita lupakan...Sebab tu ai selalu ingatkan diri sendiri, kematian akan datang tiba-tiba tak kira pada masa bilanya...Jadinya, kalau dah ada 3 perkara di atas tadi, Alhamdullilah ditambah pulak dengan tiadanya hutang piutang, kita akan sentiasa berasa lapang dada sebab kita tahu, kita dah sentiasa bersedia menghadapi kematian...dan bangga kerana selain daripada bekalan yang kita akan bawa untuk diri sendiri semasa di akhirat, kita juga sudah bersedia meninggalkan bekalan untuk keluarga yang bakal ditinggalkan...Amin...

Sunday, October 11, 2009

Weekend yang dipenuhi dengan acara makan-makan

Hari sabtu, suppose nak g rumah my friend open house tapi Encik Hubby tersangkut kat Airport...Dari pukul 11 hingga 4 petang duk kat sana tunggu student dari Pakistan, flight delay sampai pukul 4 baru landing...masak...masak...Encik Hubby sampai ai nak g rumah En K pun tak sempat...

Kakak ai pun buat open house kat rumah Kuala Selangor tapi tak sempat ai nak pergi ler...sebabnya Encik Hubby sampai rumah dekat pukul 8 malam...Maleh ai nak g Kuala Selangor malam-malam cam tu dengan jalan yang berliku-liku dari Sungai Buloh...Makanya 2 open house dah lepas...Ai hangin la jugak tapi sebab kerja dia kan, nak buat camana...Makanya Encik Hubby gantila kitaorang makan McD pulak...Sukala budak-budak tu sebab tak dapat g open house, dapat g Mc D...

Hari ni masa kat rumah, Umairah terpijak cermin mata kakak...Huhu pecah sebelah la cermin mata tu...geram je ai tapi sabar...sabar...manala Umairah nak nampak spek yang diletakkan atas tilam...Kakak lak pergi letak cermin mata tepi dia sebab dah mengantuk sangat...Selalu dah ai pesan, jangan letak spek merata-rata...dah jadi cam ni baru nak menyesalkan...Cakap dengan kakak, sebab ai dah ganti 2 kali cermin mata dia tahun ni, tunggu bajet ujung tahun...Menangis kakak sebabnya dia memang tak nampak...ai cakap dengan kakak, kalau nak jugak kena keluarkan duit Tabung Haji dia sebab salah dia kan...mama dah pesan kan...Dia setuju...ok, nanti mama keluarkan dari Tabung Haji, Isnin atau Selasa baru boleh buat cermin mata dia...

Weekend ni memang banyak keluar duitla...2 thumbdrive cost RM50, suruh my friend carikan kalau lebih daripada RM50, beli 1 je cukup le...Nasib baik my friend dapat carikan RM25 untuk 4 g...okla tu untuk budak berumur 12 tahun, dapat thumbdrive 4 gig kira besar tu...

Ahad - Open house kat surau...ai tak pergi, tapi suruh encik hubby ajak budak berempat tu, lepas kenyang...pegila pulak rumah my sister kat Kuala Selangor...Makan-makan, buah kelapa pandan muda, buah mangga...beshnya...Lepas tu singgah kat rumah my anak sedara kat Puncak Alam...Dia beli rumah terpakai yang dah dekat 10 tahun, end lot, 4 berkembar dalam rm170 k...Mahal tu sebab rumah tu dah lama...kalau ai, memang confirm ai tak beli...ai ni tak sukala beli rumah terpakai...bukan ape, banyak nak kena ganti...tapi dah dia sukakan...

Balik rumah ai dalam pukul 8, singgah lak kedai sebab diorang lapar...tak cukup-cukup g open house, singgah kedai lagi...nak buat camana budak-budak tengah membesar, memang asyik makan je kerjanya...Lepas makan, sampai rumah dalam pukul 9.30...tengok tv, basuh baju, basuh pinggan, keluarkan ayam untuk esok masak untuk anak-anak...lepas tu ZZZZZZZZ....Ngantuknya....

Thursday, October 8, 2009

Aku mama yang garang???

Aku ni garang sangat ke? Emo sangat ke? Selalu aku tak la marah cam pagi tadi sampai menangis-nangis Umairah aku kerjakan...sampai aku menjerit kat hubby...
Sebabnya???
Aku kehilangan beg bekal tupperware aku untuk dibawak ke ofis...Kecik je kan isu tu tapi bagi aku besar sebab aku dah banyak kali pesan dengan anak-anak...janganla kacau barang-barang aku tu sebab aku dah cakap banyak kali, jangan usik barang orang kalau tak suka barang kita diusik...
Aku memang geram dengan Umairah sungguhpun aku memang teramat sayangla pada dia...Tapi dia ni kadang-kadang memang melampau...Pagi ni aku memang tak tahan...Dahla aku tak tidor dari pukul 2 pagi sebab nak siapkan kerja ofis, lepas tu bila aku dah siap nak ke pejabat, barang aku lak ilang...Umairah memang suka ambil barang bukan dia punya...Tak macam kakak, kak ngah dan Danish...Diorang bertiga tu, kalau duit bersepah banyak manapun depan mata, diaorang tak akan ambil sebab masa diorang kecik-kecik dulu, pernah ambil duit syiling dalam kereta, memang aku pukul kaw2 tangan diorang...Terus taubat nasuha...Tapi Umairah, ada masalah sikit la...
Pagi tadi aku dah bebel sepanjang pagi sampai hubby lemas dengar, dia tanya aku apebenda yang ilang, tapi dek geram punya pasal, aku boleh tengking dia depan anak2...sampai dia pun hangin...Lepas aku mandi nak sembahyang, aku naik atas nampak Umairah dah siap pakai baju tapi dia menyorok tepi tangga, takut kena marahla tu, tapi walaupun dah ada wudhu, marah aku tetap tak ilan, lagi menyirap darah aku...Terus kena lagi, 2 cubitan singgah kat tangan dia...dia ape lagi, terusla melalak kuat-kuat, sampai hubby aku yang dah bengang tu terus naik angin terus ambil Umairah masuk dalam kereta...
Sudahnya...aku dengan hubby tak bertegur sapa sampai ke ofis...Walau makan sekali, tapi tak de sepatah perkataan keluar...
Garang sangat ke aku atau aku stress sebab kurang tidur tadi tu??????