Wednesday, December 8, 2010

kurus di Legend Water Chalet di Langkawi

Ai kena g kursus retreat 4 hari 3 malam kat Legend Water Chalet Port Dickson bermula 8 Dis - 11 Dis. Heaven sbb bilik cantik tapi kena crack otak utk rangka plan strategik ITNM utk 2011i2015. Mula-mula rasa cam malas nak pegi sbb keje byk kat ofis tapi kena paksa jadi pegi jugaklah. Ai angkut anak-anak dan hubby sekali. Dulu masa hubby g kursus kat Langkawi, kitaorang angkut semua sekali gak. Sapa nak sponsor tido kat ofis sampai lama2 cam tu kan. Alhamdullilah, syukur atas rezeki Allah kerna berikan ai kerja kat ofis baik hati cam ni, dgn gaji lumayan Dan macam-macam kemudahan lain. Ai syukur sangat.

Tuesday, November 2, 2010

Danish dipilih jadi pengawas

Lama tak berblog. Banyak kerja (Alasan biasa bagi malas). Sekarang eksited sikit. Malam tadi Danish hulur sekeping surat dari sekolah. Huhu biasanya borang derma la tu. Tengok2 rupanya surat lantikan Danish jadi pengawas sekolah di sekolah baharunya. Alhamdullilah. Ikut juga jejak langkah kak ngah dia jadi pengawas. Sebelumnya ai memang bimbang Danish ni pasif sikit tapi diam-diam ubi sebenarnya dia ni.

Macam periksa UPKK baharu2 ni. Dia dapat 8A dan mumtaz lagi. Siapa sangkakan. Kalau setakat score 8A, tu agak biasala. Tapi dapat score Mumtaz tu, memang payah sikitla. Dulu kakak dan k ngah memang dapat 8A dan Mumtaz jugak. Alhamdullilah. Itu je yang mampu ai ucapkan atas kurniaan Allah pada anak-anak. Moga berseterusan.

Dah dapat 8A Danish tuntutlah hadiah dia PSP. Ai pun dah survey. Mak ai, mahalnya. Dekat RM1300. Sayangnya duit. So ai cakap dengan Danish, simpan je duit tu dalam tabung haji macam kakak dan k ngah. Dah RM2 k duit diorang dalam tabung taji. Danish diam je. Tengah pk lah tu. Tak pe, biarlah dia pk dulu. Esok2 kesedaran dia sampai, ok la tu.


Friday, August 20, 2010

Bangga

Semalam ai bangga sangat sebab Umairah berjaya berpuasa sampai petang. Alhamdullilah. Itu aje yang mampu ai katakan. SebelUm ni kakak, kak ngah n Danish memang tak mampu berpuasa penuh masa sebaya dengan Umairah. Hari sebelum tu, Umairah berpuasa sampai pukul 5 petang. Agaknya sebab ai bagi galakan dan sokongan, Umairah berjaya akhirnya pada hari kesepuluh Ramadan.


Ai tanya Umairah bagaimana dia boleh bertahan sampai petang? Jawab dia, mama janji nak bagi RM10 sehari kalau dia berjaya puasa. Hahahaha sungguh ai tak sangka dia bersungguh-sungguh macam tu. Lagi satu Umairah cakap yang dia jeles sebab ai cakap Danish kurus sebab puasa penuh, tu yang dia betul-betul semangat tu. Anak, anak...Tak sangka pulak dia take my word seriously. Ai memang betul-batul bangga akan Umairah. Congrats Umairah. Buat Danish, kakak dan kak ngah, mama pun bangga juga sebab mula berpuasa penuh atas daya kekuatan dan kehendak sendiri, bukannya sebab paksaan mama. Sayang semua.

Wednesday, August 11, 2010

Selamat Datang Ramadan

Ramadan datang lagi. Masih belum sempat ke masjid bertarawikh sebab kekangan masa Terukkan mencari alasan untuk menutup kelemahan diri yang sememangnya tidak dikuasai oleh syaitan-syaitan yang dirantai semuanya di bulan Ramadan yang mulia ini. Insyaallah akan mencari kekuatan dalam masa beberapa hari lagi.
Hari kedua berpuasa. Semalam hari pertama, Umairah beriya-iya bangun sahur, bersahur dan kata nak berpuasa. Ai sempat pesan dengan dia. Kalau tak larat jangan puasa, kang pengsan kat sekolah susah. Petang Ai balik, tanya cikgu dia, cikgu dia cakap Umairah dah makan tengah hari sebab terliur dengan kawan-kawan yang berusia kurang daripadanya. Hahaha, anakku itu lucu betul. Tak apa la budak-budak kan. memang macam tu. Danish mula berpuasa penuh hanya pada darjah 2. Kakak dan kak ngah juga begitu. Ai tidak menaruh harapan Umairah akan berpuasa penuh. Biarkan dia menikmati zaman kanak-kanaknya tanpa paksaan. Jika dia sudah wajib berpuasa, pasti dia akan melakukannya sendiri. Insyaallah.
Semalam, singgah kat pasar malam. Tak de makanan sangat. Aku beli Yong Tau Fu. Mak ai, sikit je jadi Rm11.60. Mahal tu. Last-last aku beli siakap masa 2 rasa. Tapi conggak-conggak, beli barang mentah lagi mahal dari beli masakan siap di kedai. Malas nak masak cam ni la. Order ala carte dan makan di kedai lagi senang. Cadangan disokong oleh En hubby. Heheh.
Semalam Danish buat perangai. Tak nak bercakap langsung. Apsal tah angin dia kurang baik. Geram betul ai dibuatnya. Hilang pahala puasa sebab dia tau. Rupa-rupanya beg baju dia hilang, so untuk mengelakkan ai marah, dia buat diam je. Kalau dia cakap ai tak la marah sebab bukan dia yang hilangkan tapi ada orang yang tengah lapar-lapar ni, amik salah beg. Ai jadi marah sebab ai ni dah pergi banyak kedai, tanya dia nak makan apa, dia boleh diam je...huuuuuu, anakku, kenapala jadi cam ni...Tensen mama la...
Hubby lambat sampai untuk buka, nasib baik dah selesai masak, hubby sampai. Tapi penatla ai nak ke sana sini. Ai nak beli kereta baru, nama ai kena blacklist dek CTOS. Sebabnya, lawyer ruamh ai, gatal-gatal pergi isu waran bulan 6 hari tu. Lepas kita tanya kat bank, dia cakap tak de masalah pun dengan rumah tu, tak de tunggakan, ke ape ke....bengong tak? Malas la I nak proceed beli Exora cam ni. Biar dulu la sampai nama ai clear baru nak apply pulak...tah apa-ape la bank kat Msia ni. Tensen ai...

Friday, August 6, 2010

Geram betul!!!!

Ai marah giler dengan suami ai malam ni. Ari ni dapat surat cek ai kena return. Ai memang heran sebab setahu ai, ai bagi kat hubby rm1800. Lebih dr cukup jumlah bayaran rumah yang cuma rm1774. Bengang betul ai bila hubby kate dia cuma masukkan rm1750. What the hell???? Ai memang tak puas hati betul. Bila hubby call ofis, memang betulla duit tak cukup. Kurang rm20 hengget je. Mana ai tak angin!!!! Lainla kalau ai bagi tak cukup. Abislah nama ai kena blacklist dek bank negara. Ai br berangan nak amek Exora raya ni. Punahla nampaknye ye. Huhu tak de rezeki tu namanya. Nak buat camana kan. Nasib kaula labu!!!!

Tak abis ai bebel dengan hubby. Eeeeeeeeee rasa nak cekik2 je dia malam ni. Kenapala hubby ai cam ni. Gerammmmm gerammmmmm tak boleh nak cakapla. Puas dah ai sabar tahla, rasa macam dah hilang sabar dah!!! Tapi fikirkan anak2, ai memang kena sabar.... Tambahan puasa dah hampir. Aiiii, tak de ler ai dapat buat kitchen kabinet cam ni!!!! Nasib...nasib...

Monday, August 2, 2010

Mabuk coklat di Langkawi

Hari kedua di Langkawi. Semalam big boss bentang kertas kerja yg ai buatkan. Mula-mula ai cuak jugak sbb rasa cam tak besh je isinya. Bila dah present, besh pulak. Ehem banyak org ckp very good presentation. Yela big boss pandai ckp, so ditambah dgn kertas kerja yg bagus, kaboomla jawabnya. Hehe sampai big boss belanja lunch dgn dinner tu. Alhamdullilah, rezeki Allah. Rezeki jgn ditolak ooo.

Dah abis seminar, ai g Survey coklat tapi tersangkut nak beli langsir pulak. Muraaaaaah giler. Beli langsir tingkap, sliding door n dapur tak sampai rm200 tu, memang giler. Nak pinjam guna kad kredit bos la. Dpt gaji ganti balik. Hehe nasib baik bos baik tau. Baik sbb bg guna kad kredit. Malas nak beli pinggan mangkuk cuma beli sudu garfu je. Ckp la. Beli pinggan kat KL je senang nak angkut. Petang ni nak shopping lagi!!! Adios.

Sunday, August 1, 2010

seminar di langkawi

Hari ni ai dgn bos-bos besar berangkat ke Langkawi sebab nak menghadiri seminar 2 hari. Aku mula-mula main-main cakap dgn bos ai nak ikut. Eheh boleh lepas pulak. Heheh ok gak sbb blh g shopping. Ala bukan nak beli pinggan mangkuk sgt cuma nak cari coklat dan sudu garfu dan bekas kuih hari raya je. Nak shopping banyak2 tak byk duit pulak. Tgk camana la gayanya. Stanby duit shopping dlm rm500 je. Tak boleh lebih2 sebab dah beli kain buat baju raya dlm rm700. Banyak tu. Kenala jimat cermat shopping sebab gaji dalam 22 hari lagi. Hua lambat tu. Nasib baik minggu depan dah start puasa jimat sket. Okey. Selamat berseminar ye!

Thursday, July 22, 2010

Bagaimana hendak menyedarkan bangsaku agar maju?

Semalam, genap lima bulan aku bertugas di sini. Sebuah syarikat yang dipenuhi dengan 98% orang Melayu. Sesudah 15 tahun aku berkhidmat dengan bangsa asing, aku fikirkan, sudah sampai masanya aku mencurahkan ilmu yang diperolehi kepada anak bangsaku sendiri. Ketika aku mula melangkah ke sini, aku telah diberikan nasihat oleh beberapa orang teman yang pernah bekerja dengan syarikat asing dan kemudian bekerja dengan syarikat melayu. Mereka menasihatkan aku supaya berfikir dengan semasak-masaknya dan jangan ambil keputusan terburu-buru. Agak hairan aku mendengarnya. Hei, aku ini Melayu, dan akan bekerja di syarikat Melayu, kenapa pula aku mesti berhati-hati, aku membentak di dalam hati.
Setelah 5 bulan kemudian, baru aku sedar akan kebenaran kata-kata kawan-kawanku itu. Melayu memang dari dahulu dipenuhi dengan hasrat dengki, tidak boleh senang dengan pencapaian orang lain, tidak boleh menerima perubahan dan macam-macam lagi. Sedih aku dengan mentaliti orang-orang Melayu. Kini aku sedar, syarikat kecil yang sebegini orang Melayunya sudah saling berdendam dan bermusuh, apatah lagi tampuk pemerintahan yang dipegang sekarang ni. Melayu sememangnya rela diperintah oleh orang asing dan orang luar daripada mahu membenarkan orang Melayu yang mahu melihat perubahan dalam pentadbiran!!!!
Kini aku memang malu digelar orang Melayu. Aku lebih rela digelar orang Islam!!!

Tuesday, July 13, 2010

Macam manalah Melayu nak maju

memang ai tak faham...i tak tahula macam mana la Melayu nak maju kalau dalam diri tu berselirat dengan dendam kesumat yang tak pernah nak tengok orang lebih maju dari mereka. Lebih 15 tahun ai kerja dengan comp Cina, I tak pernah kena mainan politik yang macam ni punya teruk, baru tak sampai 5 bulan i kerja dengan comp melayu, ai ke back stabbing macam ni. huoooo...mau giler macam ni...
so, kalau diorang ingat ai akan berundur dan membiarkan diorang main permainan ni, memang diorang salah...ai akan join permainan politik ni dan akan kenakan diorang balik...bak kata orang putih, if you cant beat them, join them...join dari segi lain la, bukan dari segi kemalasan diorang nak buat kerja tu...kalau satu buku belek sampai setengah tahun, tak tahula bila buku nak keluar tah...duduk kerja sendiri la baru puas hati agaknya...
satu lagi, kalau bos sendiri tak adil dan dengar orang yang memang tak tahu nak buat kerja, ai memang tak tahu nak buat apalah...sangat susah kalau tali yang kita gantung tu sendiri rapuh dan tak boleh digantung, tak boleh nak cakap apalah kan...kena buatbtali sendiri yang lebih kukuh nampaknya...
apa-apapun, ai akan kenang tarikh 13 July sebagai tarikh i mengenal hati-hati busuk orang yang kerja di tempat ai dan hati bos i yang memang tak ada pendirian...

Sunday, July 11, 2010

La Roja is the ultimate campeon

Ai suka betul hari ini sebab pasukan angkat (selepas Itali) dinobatkan menjadi juara piala dunia yang baru...Huhu...tak sia-sia ai sokong Spain selama ni...Tahniah pada keeper La Roja - Iker Carsillas sebab dapat selamatkan dua percubaan Robben bila berhadapan one to one...Giler...Dah rebahkan badan, masih boleh gunakan kaki untuk selamatkan bola...He should be the best player in that Match...
Syahdu tengok Iker menangis masa dia menjulang piala dunia tu...Mula-mula sedih tengok Cannavaro tayangkan piala masa sebelum permulaan game, separuh masa pertama, game tak cantik, sebab Belanda main kotor. Diaorang kotakan kata-kata Robben, biar main kotor janji menang daripada main cantik daripada kalah...Adakah...Sebab tula ada player Belanda yang naikkan kaki ke dada Xabi Alonso...Kalau ai, sure dah sesak nafas. Dia patut dapat kad merah sebab kesalahan tu sangat serius...tapi pengadil ni akhirnya terpaksa gak layangkan kat merah pada John Heitinga...bengong...jatuhkan Inesta kat luar kotak penanti...Padan muka kan...dua minit sebelum masa tambahan habis, Ineista jaringkan gol...huhu punyala suka, kena kad merah sebab celebrate lama sangat...cute...
Apapun, ai dah ambil keputusan untuk terus sokong La Roja dan juga kelab Sepanyol, Real Madrid sebab ada Iker dan juga Barcelona sebab ada Xavi & Iniesta...
Adios...

Thursday, July 8, 2010

Semakin Menghampiri





Sejak Pasukan Itali kalah hari tu, hati ni dah macam tak besh je nak tengok bola...Mulala sokong pasukan sana sini, tapi suka-suka saja, tak sepenuh hati macam sokong pasukan kesayangan, Itali tu...Tapi sejak akhir-akhir ni, hati telah dicuri oleh pasukan Spain pulak...Semuanya gara-gara David Villa dan Iker Carsilas...Terbaek dari ladang...Kawan-kawan mama bilang mama dah terkena panahan cinta Spanish Man...Hahaha...Hatiku mula terpaut pada Iker...Dah lama tak sukakan pemain bola macam mama gilerkan Roberto Baggio masa dulu-dulu...Masa tu, kalau pasal Roberto Baggio, semuanya mama baca...Sekarang Iker la pulak...Iker main untuk Real Madrid, team yang mama tak suka, tapi nampak gayanya, lepas ni terpaksa la pulak mama follow team Real Madrid semata-mata nak mengikuti perkembangan Iker...Iker...Iker, kau menyebabkan mama curang pada Roberto Baggio, hahahaha...


Thursday, June 24, 2010

tensennya hari ni!!!

Mama memang bengang giler hari ni sebab team Itali kalah malam tadi. Mama memangla tak menaruh harapan yang team Itali tak pergi jauh tapi tak sangka la pulak tak lepas langsung pusingan pertama. Gila kan!!! First half main macam budak sekolah baru belajar main bola. second half dah nak hujung2 baru main best. Memang tak de nasib nak menang la. 2 gol tak kira, 2 gol kira. Pengadil tah apa2. Pemain Slovakia tah apa-apa. Main kasar giler lepas tu tak anak jantan betul. Bolehla melambat-lambatkan main dah hujung2 tu. Nasib...nasib...Ape-apepun, Itali tetap di hatiku!!!

Nak start kumpul duit banyak-banyak sebab nak g tengok piala dunia 4 tahun lagi!!!!

Monday, June 14, 2010

Kakak di Pusrawi

Hari ni ai masih cuti sebab cuti sekolah. Plan nak bwk diorang jln-jln ronda KL tapi sebab kakak ada appt di Pusrawi niat tu terpaksa dibatalkan. Kakak kena jumpa Dr pakar sebab dia disahkan ada scoliosis sebab tulang belakang dia bengkok jadi mcm bentuk S. Kata Dr kat klinik sekolah rendah dia dulu, tulang kakak dah bengkok 10 darjah. Ada kawan-kawan dia dah ssampai 30 darjah. Ni tgh tunggu giliran utk buat x-ray. Punyala ramai tengah tunggu sbb musim bdk2 nak masuk IPT bulan ni. Dah mcm hospital kerajaan pulak kena tunggu lama.

Huhu masih menunggu dah dekat setengah jam. Org makin ramai. Den makin tensen. Dr cakap dia nak tgk byk mana bengkoknya. Kalau nak cepat kena buat major operation tapi kalau tak nak kena buat psioterapi je. Payah gak sebab dia duduk asrama. Tengok macam mana dulu.

Demam sudah bermula

Sekarang pukul 4.30 pagi...mama baru lepas tengok bola Italy lawan Paraguay...Dua pasukan terkuat dalam kumpulan F seri 1-1...Lega mama...Ingatkan Italy dah nyaris-nyaris kalah tadi sebab separuh masa pertama, dah ketinggalan 0-1 tadi...nasib baik de Rossi jaringkan gol hasil sepakan penjuru dari Pepe...Huhu...Separuh masa kedua memang mendebarkan sebabnya, Buffon keluar sebab kecederaan hamstring. Digantikan oleh penjaga gol yang masih muda dan pastinya kurang pengalaman. Bagusnya, defender Itali ni memang kental.

Hidup mama kalau 4 tahun memang macam ni terutama kalau Itali yang lawan...Huhu memang sanggup mama tak tidur sebab nak tengok bola...nasib baikla minggu ni cuti sampai hari Rabu, so esok (esok ke) boleh bangun lambat sikit...Perlawanan kedua, nanti Itali game pukul 10 malam, lepas tu game ketiga pukul 7, so tak le tensen sangat sebab kira awal la tu...

Huhu Itali, tahun ni mama tak menaruh harapan sangat pada pasukan Azzuri sebab dah 4 kali jadi juara, 2 kali mama dah tengok, kira tak kisah sangatla...Tapi dalam tak kisah tu, mama still tengok gak Itali main...hehehe...kalau jadi juara sekali lagi ape salahnya kan...

Wednesday, June 9, 2010

mode: riak

Huhu. Mak nak riak ni. Mak dapat blackberry dr ofis. Tak pernah mimpi pun masa mak mula kerja kat ofis baru ni mak bakal dpt blackberry. Terima kasih bos sebab bg mak macam-macam. So mak kena keje kuat-kuat utk balas jasa baik bos tu. Huhu. Mode: mengampu bos tahap cipan.

Monday, March 15, 2010

kerja baru

Minggu ni masuk minggu keempat ai di tempat baru...tu la kan...pejam celik, pejam celik dah nak masuk sebulan...minggu depan dah dapat gaji pertama...hua...boleh simpan kat tabung aji lebih sikit...Alhamdullilah...

tapi sejak kerja tempat baru ni, badan ai naik mendadak...ape taknya...tempat kerja lama ai naik turun tangga tapi kat tempat baru ni, ai turun naik lif...mana tak naik badan ku ini huhu... baru-baru ni balik kg, semua orang tegur yang ai dah gemuk...hish2...tak leh jadi ni...mesti diet la...bak kata umairah, mama jangan putus asa, mama akan berjaya...

Sunday, February 21, 2010

Medical Check up di Hospital Pusrawi


Nak masuk ofis baru kenala buat medical check up…Alkisahnya, ai kena buat check up dekat Hospital Pusrawi, Jalan Tun Razak hari tu…Huhu…masa buat test mata, tak pakai speck memangla out, tapi dengan spec, perfect tu ai punya vision…6/6 kiri kanan…lepas tu buat test warna, semua ok…maknanya, mak cik ok and sihat untuk seseorang berusia 40-an…X-Ray, so clear…air kencing ok…pendek kata semua ok, except 1 benda je, ai nye berat kat scale tu, 75.4 kg…terkejut mak cik…ye ke…siap tanya kat nurse tu, betulke scale tu, ai memang tak caya sungguh ataupun sebenarnya acik hidup dalam denial…huhu, berat ideal mak cik sepatutnya 60 kg, bukannya 75.4 kg… sedihnya ai…maknanya, I kena turunkan 15 kg dalam masa 2 – 3 bulan ni…huhu, camana ek…Adakah ai perlu memberhentikan makan nasi dan concentrate untuk makan sayur-sayuran buat beberapa bulan…terpaksala kot untuk kesihatan diri sendiri…



Wednesday, February 17, 2010

Bila my last day ni wei!!!

Esok my last day kat ofis ni tapi sampai sekarang bos di Singapore insist my last day on 24 Feb…Serius, ai memang tak faham kenapa diorang nak tahan ai sampai my last day sedangkan ai ada cuti 3 hari, so tolak je la kan my cuti 3 hari tu…HR pun dah cakap, on physically my last day will be on 19 Feb but my boss said kebenaran untuk pergi awal tertakluk kepada kebenaran dia…Huhu, ai buntula cam ni…macamla ai ni penting sangat kan…macamla kalau ai tak de company ni akan tutup terus kan…kalau ai ni penting sangat counter offer la…tapi sampai towards the end masih nak suruh ai kerja lagi…ape la…hari ni ada 2 teleconference dengan Singapore ofis, satu pasal production, satu pasal my duty yang dah dibuat selama 4 tahun kat sini…Suka hati korangla macam mana nak mulakan project apsal lak nak tanya ai camana nak mulakan project, expectation, hehehe cam budak baru yang nak belajar kerja pulak…satu lagi, suka hati korangla nak bagi task yang ai buat dulu tu pada siapapun, kan ai dah tak de kat sini kan…serius…what’s wrong with all these people la…my bos kat Singapore tu insist sangatkan ai datang kerja on my leave, ai tak kisah, so I tanya pada HR department diorang nak bayar tak leave I tu, bila HR kata nak bayar, diorang nak kelam kabut nak buat meeting hari ni, hek aleh…berkira sangatnya, so tak nak bayarla tu, tau pun…Dia ingat ai suka-suka ke nak mula kerja tempat baru sebab pada tarikh tu…ai kan ada cuti, suka hatila ai nak buat ape dengan cuti ai tu, kalau nak bayarla…kalau tak nak bayar, bagila ai lepas awal ye…

Biarkan Danish begitu


Danish dah masuk darjah 5 tahun ni dan bukan anak yang aktif berbanding kakak dan kak ngah…Langsung tak de sijil penghargaan dari sekolah…Ai risau gak tapi bila mengenang nasib kakak dan kak ngah yang excellent dalam sukan, persatuan dan menjadi pengawas dan pengawas perpustakaan di sekolah serta excellent dalam belajar tapi tak dapat masuk ke mana-mana asrama penuh, ai biarkan saja Danish tak aktif…Biarla dia dengan dunia dia…dunia game dia…tak aktif kat sekolah pun tak ape la…janji belajar dia ok…kalau dapat kat asrama sekolah agama sama dengan kakak dan kak ngah ai dah cukup happy…biarla anak-anakku cemerlang dalam bidang agama sebab itulah sahaja bekalan yang dapat ai berikan kepada mereka…Nak mengajar diorang memang ai tak pandai, dapat masuk ke sekolah menengah agama pun ai dah bersyukur…

Jadinya, biarla Danish tak aktif dalam satu apa pun, sebab kalau aktif pun dia tak mungkin dapat ke asrama penuh, tak mungkin dapat ke sekolah SAMBEST yang terbaik di Selangor walaupun dapat Mumtaz macam kakak dan kak ngah, tak mungkin dapat MRSM walaupun gaji mak dan ayah dalam 8k sahaja sebulan…biarkan…biarkan…


Thursday, February 11, 2010

HAPPY 11TH BIRTHDAY TO MY DANISH!!!!!



Hari ni genap usia Danish 11 tahun…Dah besar anak mama ni…Dah selamat bersunat pun pada hujung tahun 2009 tapi malangnya gambar dah didelete oleh kak ngah secara tak sengaja…Nak buat camanakan…Tak ada rezeki untuk ada gambar Danish sunat…

Sekejap je Danish dah 11 tahun…Dulu, masa lahir kecik je…2.8 kg kat klinik martenity, Jalan Klang Lama…Bukan Danish je, semua anak mama disambut oleh Dr Yati dan Dr Siti kat situ…Danish sebenarnya jadi secara tak sengaja…kiranya accident pasal tak plan pun nak mengandung sebab kakak dan kak ngah masa tu baru setahun 1 bulan je…tapi rezekikan…dah ada tak kan nak tolak pulak…Mengandung Danish paling senang…Dah dekat 3 bulan setengah baru tahu mengandung…Sebabnya, 3 kali test pun tak de…1st buat kat klinik, Dr kata tak de, mungkin stress kot…kali kedua sendiri buat, pun tak nampak juga…hish…tensen-tensen…betulla kot stress…kali ketiga pergi klinik lagi sekali, pun tak de…still ok lagi…dah masuk 3 bulan setengah tak period terus pergi gynea…scan baru nampak, kecik je Danish menempek kat dinding rahim…huhu…ade rupanya…dahla selama 3 bulan setengah tu mama makan bukan-bukan, tak berjaga langsung…angkat benda berat-berat…hish…hish…kalau dah rezeki kan, kita punya tetap kita punya…Mama cakap kat encik suami yang mama nak lelaki sebab anak kembar pertama mama tu dua-dua perempuan…so memang dimakbulkan doa mama tu, dapat Danish…Plannya nama Danish dan Danial tu untuk kembar pasalnya mula-mula Dr kata baby kembar tu dua-dua lelaki…tup-tup dua-dua keluar lelaki da…so letak nama Danish dulu tapi nama Danial tu tah bila la boleh letak, mungkin untuk cucu kot…berangan dah mama nak cucu ni…

Danish keluar dalam pukul 8.30 selepas mama diinduce selama 4 jam…Hari nak bersalin tu mama masih pergi ke ofis lagi, tapi dah rasa macam dah terbukak pulak…tapi mama masih g ofis la…dalam pukul 10 cam tu, mama rasa semacam je sakitnya, so mama pergi bilik air dan tengok dah keluar tanda – cecair berdarah sikit, so mama nak gi klinik dah…kawan mama, cik aid an acik yang hantar, mulanya big boss nak hantarkan tapi tak nak la mama, nanti ape isteri dia kata pulak…so mama dan kawan-kawan mama tu g naik teksi je…sampai Dr periksa dan bagi tau dah bukak dalam 2 inci so dia tahan mama dah…telefon encik suami suruh dia datang ke klinik, so kawan mama yang dua orang tu balik ofis la…sebab encik suami dah sampai…mama tak makan tau sebab Dr dah suruh keluarkan segala sisa makanan dari dalam perut…habis keluar sebab dia nak start induce mama pukul 4 lebih…huhu memang siksa tak makan ni, tapi kang kalau makan, masa meneran terkeluar t**i pulak, marah pulak Dr kan…Masa diinduce tu mama kena baring kat katil je, habis buku dan majalah mama baca habiskan…lepas 3 jam setengah, doktor datang dan pecahkan air ketuban…sebaik air ketuban pecah je, mula la mama sakit beriya-iya nak beranak…nak terberak pun ada…yang kelakar, nurse suruh mama teran tapi mama teran kat muka bukan kat perut hahahah, manala Danish nak keluar, ye tak…lepas dalam 15 – 20 minit, teranan kali terakhir, Danish pun keluar, Alhamdullilah…jahit Danish pun sikit je, dalam 7 cam tu…so dalam puku; 9 lebih, semua dah settle, perkara yang mama mintak dengan Dr ialah makanan…Dr kata, makan biskut dan minum milo dulu, makan ubat tahan sakit, baru boleh makan…kelakarkan…orang tahan sakit, mama siap makan nasi dengan ayam kicap lagi…lepas tu, sepanjang malam mama tak tidur, bukan sebab sakit tapi tak lena sangat nak tidur sebab orang sebelah katil mama tu asyik mengerang sebab dia kena ceacer…

Kenangan indah kan…Danish jadi anak kesayangan mama selama 5 tahun sebab lambat dapat adik…Danish menyusu badan sampai 4 tahun…Paling senang jaga Danish…kalau dah tidur, memang Danish takkan bangun walau bom meletup tepi dia…Masa Danish 7 bulan, dia dah mula berdiri tapi berdiri je la, takut nak gerakkan badan dia sebab badan Danish ni berisi sikit…kira-kira comel sungguhla, dengan kulit putih, badan gebu, mata sepet cam anak cina, ramai cakap Danish tu anak angkat mama…Huhu pandai-pandai je kan sebab penat-penat je nak mengandung tiba-tiba cakap anak angkat pulak…Apela…

Masa Danish 7 bulan, Danish pernah jatuh terhempas ke lantai masa mama tengah sibuk menghenjutkan buai…Mama menjerit punya kuat sebab takut kalau-kalau apa-ape jadi kat Danish…Danish menangis terkejut dengar mama menjerit bukannnya sebab kepala dia sakit ke ape ke…hheheheh…Danish kalau nak menyusu malam-malam senang je, dari dia kecik, dia akan cari sendiri puting mama kat mane heheheh…beshnye mama tidur macam tak de anak pulak…

Sampai sekarang Danish kurang bermasalah, belajar sederhana je, tapi takla teruk, masih duduk di kelas pertama dan kedua…tahun ni Darjah 5, tahun depan nak UPSR dah…Mama sayang Danish…Harap Danish jadi insan cemerlang, yang akan menjaga mama dan ayah masa tua nanti, ye…Harap Danish berjaya di dunia dan akhirat…Danish sorang je anak lelaki mama, so Danish kena jaga kakak, kak ngah dan Umairah…Satu-satunya penyambung zuriat cik suami…adik beradik cik suami ramai anak lelaki, cuma cik suami yang kaya dengan anak perempuan dan kurang anak lelaki…

Tapi Alhamdullilah, so far Danish tak pernah buat perangai di sekolah…nakal budak2 lelaki biasala kan…kalau tak nakal orang cakap ape la pulak…

SO, HAPPY 11th BIRTHDAY DANISH…MAMA DAN AYAH SANGAT SAYANG PADA DANISH….

Tuesday, February 2, 2010

Sudah Februari

Sudah Februari da…

Cepatnya masa berlalu…hari ni dah 2 Februari…maknanya ada 20 hari lagi sebelum ai meninggalkan ofis ni…Minggu agak busy menghabiskan semua kerja-kerja yang akan diserahkan kepada ofis di seberang tambak…Huhu…nasib baikla tak banyak sangat dah…kalau tak haru gak semua nak dihandoverkan…kiranya kalau minggu depan dah siap dihandover, ai bolehla rileks sepanjang minggu selepas Tahun Baru Cina tu…Rasa tak sabar nak masuk ofis baru…Bagaimanala suasana di sana nanti kan? Bagai manala politik ofisnya nanti…Kat ofis lama ni, politik ofis memang hebat, tapi ai boleh survive la…harap-harapnya, kat ofis baru di mana majoritinya kaum sendiri, politik ofis tak mungkin dapat dielakkan kan…Insyallah, kalau kita ikhlas, tiada apa yang nak ditakutkan…Kepada Allah ai berserah…

Anak-anak ai ni sejak sibuk dengan upacara sukan ni, nak telefon ai pun tak sempat…bila tanya sibuk sangatla tu…ai faham jugak sebab terkejar sana terkejar sini…itupun aid an en hubby dah settle masalah baju-baju diorang, kalau tak entah macam manala diorang nak survive kat sana…

Semalam ai notis, dua kucing oren yang ai selalu bagi makan dah tak de kat rumah ai…dah dua pagi tak nampak…siapala yang dah amik kucin-kucing tu…dulu masa kucing tu kurus kering, tak de yang sanggup nak ambil bela…ni dah sihat walafiat gemuk gedempol sebab hari-hari makan ‘smartheart’, start la hilangnya…Dulu kucing ai si baby pun cam tu jugak…hilang tah ke mana…agaknya sebab comel dan gebu sangat kot, ada orang berkenan dan bawak balik…hai la kucing…sayang-sayang pun hilang jugak…

Monday, January 25, 2010

Ai quit



Hari ni ai hantar surat resignation pada boss yang berada di seberang tambak Johor…Ye la…Boss I ni duk di Singapura tapi mengendalikan kitaorang satu Asia...hebat ek…Heheh…Masa ai hantar surat tu, kawan-kawan ai tanya, kalau boss counter offer you nak pergi tak? Ai cakap, wei, ai dah kerja kat sini 4 tahun tau…Giler diorang mau counter offer, tambahan I punya performance below gred tahun lepas, mau diorang nak counter offer…Kawan-kawan ai tetap cakap, percaya la, boss akan counter punya sebab department I dah kosong dan tak de orang yang nak handle…

Petang ni tadi dapat jawapan daripada boss, terus je dia terima perletakan jawatan ai…tak de nye nak counter offer…I rasa a bit disappointed la tapi I memang dah agak…Nampak benar I memang tak disukai di situ kan…Nasib baik ai dapat tempat yang lebih baik dan dengan gaji yang lebih banyak ek…Tak la rasa cam terkilan teruk ke ape ke Cuma ai dah realize kat mana bangsa kita ni di mata bangsa mereka tu…Nak buat camana kan… Esok kawan-kawan ai mesti merungut-rungut pasal benda ni kan…hehe lantak la…Ada aku kesah?????


Tuesday, January 19, 2010

Rezeki di permulaan tahun 2010

Sedih pulak nak tinggalkan ofis lama ni tapi ai bersedia untuk menghadapi suasana ofis di tempat yang baru dengan gaji yang lumayan…Macam ai cakap masa interview tu, kalau kena dengan gaji yang ai mintak, for sure akan buat kerja dengan bersungguh-sungguh…Tak sangka pulak boleh dapat kan…Emmm tula namanya rezeki…Datang dari sudut yang tak disangka-sangka…Rasanya ai memang tak sangka pulak nak join company baru ni…sesaja mintak, dapat alhamdullilah…tak dapat still alhamdullilah sebab masih ada kerja yang gajinya tidaklah lumayan tapi cukup makan dan masih boleh memberi anak-anak apa yang mereka inginkan…Tapi dengan gaji yang diberi oleh company sekarang, ai cuma mampu bawak diorang makan angin di dalam negara, insyaalah kalau dengan gaji di tempat baru, bolehla bawak diorang setahun sekali ke luar negara, especially negara berhawa dingin…biarlah diorang merasa musim bunga, luruh dan dingin…Musim panas, biarlah di Malaysia aje kan…hihi…

Lupakan kisah cerita untuk bulan Februari…ai nak recall memori masa hujung minggu baru ni…Hujung minggu hari tu kakak dan kak ngah boleh bermalam kat rumah, so hari Jumaat tu ai amik diorang, hantar balik rumah, lepas tu ai balik ke ofis sambung kerja…malam tu start basuh baju diorang…huhu mau nangis mesin basuh ai…dekat 10 kali baru habis basuh baju diorang…Malam sabtu siap gosok semua baju sekolah…senang sikit la diorang kat asrama…tak payah basuh baju…tak payah gosok baju…kiranya diorang belajar je…kalau tak dapat excellent tak tau la kan…Ai cakap dengan husband, kita dah tolong diorang sampai tahap cam tu, esok kalau kita banyak duit lebih kan, kalau kita gi makan angin, diorang tak patut kecik hati kan…pasalnya, kita dah bagi setakat apa yang kita mampu kat diorang, tak de kedekut-kedekutnya, jadi diorang pun tak boleh claim esok2 yang kitaorang tak pedulikan diorang kan…

Danish tengok cam tu kan, teringin gak la duduk asrama, so kalau Danish masuk sekolah yang sama dua tahun lagi, tinggalla kita bertiga je dengan umairah…hish2…kalau Danish kat situ, maknanya, 7 tahun le kitaorang berulang-alik ke Kuala Selangor…Mak ai…lama tu, sampai Umairah sekolah menengah le jawabnya…Tak payah la pulak Umairah sambung kat sekolah situ pulak ek…Harus jadi 12 tahun, sampai mak pencen nyah…tak mo le…jemu lak rasanya..hihi…

Sejak ai dapat offer letter ni, hati memang senang betul…Tambahan dah confirm dengan CEO company baru tu kan kerja ai, senang la hati ai…harap-harap ai bertahan sampai pencen kat situ le ek…Kalau ye, Alhamdullilah tapi kalau ai berhenti awal pun, sebab ai nak duk rumah dan bersenang-lenang jawabnya…Kiranya rezeki ai di tahun baru ni, memang agak murah la…harap-harap berpanjangan sepanjang tahun…AMIN…


Wednesday, January 13, 2010

Sudah tercapai 1 azam

Tahun baru 2010 baru beberapa belas hari kan, tapi salah satu azam ku hampir tercapai...Iye, ai dah dapat kerja baru dengan gaji yang baru, dengan pangkat yang baru...huhu...Alhamdullillah... Moga lepas ni banyak lagi azam ai yang akan tercapai kan...harap2 la...Kena berusaha dan berdoa banyak-banyak pada Allah kan...Kalau ada rezeki, memang tak ke mana...Yang hak tetap hak...
Ai sebenarnya berat hati nak tinggalkan company lama...Hampir 4 tahun di sana...Banyak kenangan...kawan-kawan semua besh walaupun berlainan bangsa dan agama tapi ngam satu kepala...tapi demi masa depan yang gemilang dan cemerlang, ai terpaksa juga melangkah pergi... Harap-harap masa depan ai kat comp baru tu lebih cemerlang kerana menguruskan department sendiri...Amin...

Thursday, January 7, 2010

Perihal kakak dan kak ngah


Sejak kakak dan kak ngah tak de ni memang sunyi je rumah...Sejak tahun baru ni, ai belum masak lagi sebab tinggal berempat, makan kat kedai lagi bagus…Tapi Danish macam tak nak je…Mungkin jemu agaknya makan kat kedai…tengokla malam ni rasanya masak kat rumah je la…

Dah beberapa hari kakak dan kak ngah called tanya boleh tak diorang nak sekolah kat rumah…Dulu diorang yang beriya-iya nak duduk kat asrama, so ai pun masukkan la tapi sekarang ni agaknya diorang rasa susah nak duduk kat asrama, kena campur dengan ramai orang, kena kongsi barang dengan 19 penghuni dorm yang lain, tu yang rasa susah sungguh agaknya…

Ai bukan tak kasihan tapi nya ai nak diorang berdisiplin, time makan, time main, time belajar, time tengok TV…kalau kat rumah, diorang melengkar depan TV je kerjanya…Tak berdisiplin langsung jadinya, ain ye mulut pun jadi meninggi je suaranya…susah kan…

Pagi tadi bincang dengan cik hubby, kalau dalam sebulan ni diorang tak happy gak, kita orang keluarkan dari asrama tu, sekolahkan kat sekolah sini je…Kesian pulak, kang tertekan tak boleh belajar langsung payah gak…Tak pe la, duit boleh cari tapi kesihatan mental anak-anak kalau terjejas susah gak…Kalau diorang berdua tak leh duduk asrama, makanya semua anak-anak yang lain tak akan ai masukkan keasrama lagi la jawabnya…Tunggu dan lihat macam mana dalam seminggu dia ni…
Umairah dan Danish rindu kakak dan kak ngah kot...Termenung sana...termenung sini...kucing-kucing pun cam tu gak...cari-cari bayang kakak dan kak ngah...emmmm....

Monday, January 4, 2010

Penatnya di Tahun 2010!!!!

Sudah 5 hari di bulan Januari…Hidup ku tak keruan…Mana taknya, 1 Jan, kat rumah kakak di Tanjung Karang dari tengah hari sampai petang, lepas tu malam bekejar ke Giant sebab nak belikan barang-barang kakak dan k ngah…Tak habis lagi tu…Ada je barang yang tak ada termasuklah baju bercekak di hujung…Masuk sekolah agama tak boleh guna baju kurung berlengan besar…Kena bercekak pulak…Kat Giant tak de terpaksala suruh tukang jahit buatkan sebab dah beli 2 helai yang tangan biasa tu…Alamak… manalah nak cari kan…Ai angin dengan kak ngah hari ni sebab dia dah pergi delete semua gambar sunat Danish yang ai belum upload ke laptop lagi…Abisla gone semuanya…kesian Danish tak de gambar sunat langsung…Tak de rezeki kan…Tula, moral of the story, jangan tangguh untuk buat sesuatu ok…Itulah balasannya…

2 Jan, pagi-pagi dah sibuk cari tukang jahit sebab nak cekakkan tangan…pergi 1 tukang jahit ni, dia cakap kena amik masa 1 minggu sebab banyak kena buatkan…Nak cekak kan kat tangan tu susah…Hmmm…mana boleh tunggu seminggu kan???? Pening…Pergi pulak 1 kedai jahit ni…tuan punya eksen le sesangat nye…Mula-mula cakap boleh, tapi mahal…bila kita cakap ok tak kisah boleh bayar, tetiba pak cik tu cakap esok boleh? Bengangnya ai…lepas tu ai cakap dengan hubby, kalau setakat cekak kat hujung letak getah nak charge RM10, ai pun boleh buat, letak butang ketap je…Huhu…bengang giler…Sudahnya, tengah hari baru ai dapat pergi majlis kawin kakak ai kat Tanjung Karang tu… Nasib baik la tak yah tolong sangat, ai mengantuk giler…dalam hati tensen pasal barang-barang kakak dan kak ngah tak siap lagi…banyak lagi agaknya…Dalam pukul 6.30 kitaorang balik, sampai rumah sembahyang maghrib dulu then, pukul 8 pergi the store…Alamak…rumahnya baju bercekak tu memang ada jual la…Tensen ai…harga pun sama dengan baju biasa…Namanya baju kurung Ummi, keluaran Canggih…Terpaksala beli 2 helai sorang, kain lagi 1 sorang dan tudung bulat labuh 2 helai sorang lagi… Huhu selesai masalah ai…banyak gak settle…kecuali gambar budak-budak ni…Sebelum g the Store, aid ah cakap dengan hubby, suruh dia berhenti nak amik gambar kakak dan k ngah tapi hubby kata kat the store ada kedai gambar…seingat ai memang tak de tapi dah hubby insist, so terpaksa dengarla kan…Rupa-rupanya, nan ado…memang tak de pun kedai tu…Makanya cik Hubby diam aje lakan…balik sudah dekat pukul 11, makan…lepas tu sudahnya tidor pukul dekat pukul 2…

3 Jan, bangun pagi sebab kakak dan kak ngah kena mendaftar di SMKA Kuala Selangor…Pukul 8 dah siap daftar…lepas tu breakfast then pergi daftar bilik…dapat katil bawah sebelah menyebelah untuk kakak dan kak ngah…lepas tu dah siap kemas almari lagi…pergi dengar taklimat, bila balik hostel, rupa-rupanya kitaorang salah bilik…Wa wa punya angin la kan…Kena kemas balik, bila masuk bilik yang betul, tinggal katil kat atas je ada…Nak tak nak terpaksa amik jugak la kan…Kakak menangis dari start dapat katil, sampai bilik makan, sampai ai nak beredar pun masih menangis lagi…kak ngah tengok kakak menangis, dia pun menangis la…Tapi ai sendiri terkejut sebab ai tak boleh menangis langsung…Sedih memang sedih sebab dia berdua tak pernah berenggang dari ai dari kecik, pergi tidur rumah orang pun jarang-jarang…mana diorang tak sedihkan…Ai cool je sebab kalau ai sedih diorang lagila sedih kan…Tahan je…So balik awal sebab tak nak diorang berlarutan menangis…Dalam pukul 3.30 sampai rumah…berehat-rehat sebab dah full 3 hari kan…Tunggu jugak kalau-kalau diorang call tapi tak de pun…Ok la kot…

4 Jan, ai apply cuti kat big boss dari Khamis tapi tak de respon, so ai rasa boss tak approve kot, so ai amik ½ day je…Tu pun sebab Umairah daftar kindergarden baru, so ai tengok dia camana la…Nampaknya ok…Cool aje…ramai gak peminat si Umairah ni…Ada parents yang tau Umairah sekolah kat Krista, terus daftar anak dia kat situ jugak…sudahnya anak dia pun duk sampai petang sama macam Umairah…Danish pun tukar taska transit baru, betul-betul depan sekolah agama dia…senang sikitla ai…tak de la Danish komplen asyik tiba lambat kat sekolah agama dan kena denda dengan cikgu…Ni Danish sampai taska pukul 1.30, mandi, rehat, makan dan bersiap untuk gi sekolah agama, tak la rush dan tergopoh-gopoh…dalam pukul 2 dah sampai sekolah, sembahyang zohor pun sempat lagi…Alhamdullilah…Petang amik Umairah dulu lepas tu baru amik Danish…Bawak pergi makan terus, Danish komplen, hari-hari kena makan kedai ke? Alamak…Camana tu ek…Esok kena masaklah pulak…Bosan agaknya anakku ini…Malam masa nak tidur, dekat pukul 11, kak ngah dan kakak telefon suruh ai g sekolah dia sebab diorang nak balik…ai try pujukla cakap nanti ai datang hari sabtu, dia tak nak…I pujuk lagi baik-baik…I tau dia rindu kat rumah, kucing, telefon, Danish, Umairah, ai dan ayah dia…tapi nak buat camana…Takut pulak ai kalau kak ngah trauma pulak…Harap-harap tak la…Tengok esok camana pulak…Orang tak biasa kan…Lagipun kecik lagi…I buat ni bukan sebab ai nak lepas tanggungjawab ai sebagai mak bapak tapi ai hantar dia ke sekolah agama sebab ai nak diorang ada basic agama yang kuat untuk menghadapi cabaran akan datang…dan ai nak diorang belajar berdikari dan tahu menguruskan diri sendiri…kesian memang kesian, sayang memang sayang tapi inilah didikan yang perlu ai berikan pada diorang…Tengok camana pulak diorang esok…Mungkin jemu sebab tak de aktiviti di minggu orientasi ni kot…tu yang asyik teringat kat keluarga je…kesian kakak dan kak ngah!!!!