Thursday, July 22, 2010

Bagaimana hendak menyedarkan bangsaku agar maju?

Semalam, genap lima bulan aku bertugas di sini. Sebuah syarikat yang dipenuhi dengan 98% orang Melayu. Sesudah 15 tahun aku berkhidmat dengan bangsa asing, aku fikirkan, sudah sampai masanya aku mencurahkan ilmu yang diperolehi kepada anak bangsaku sendiri. Ketika aku mula melangkah ke sini, aku telah diberikan nasihat oleh beberapa orang teman yang pernah bekerja dengan syarikat asing dan kemudian bekerja dengan syarikat melayu. Mereka menasihatkan aku supaya berfikir dengan semasak-masaknya dan jangan ambil keputusan terburu-buru. Agak hairan aku mendengarnya. Hei, aku ini Melayu, dan akan bekerja di syarikat Melayu, kenapa pula aku mesti berhati-hati, aku membentak di dalam hati.
Setelah 5 bulan kemudian, baru aku sedar akan kebenaran kata-kata kawan-kawanku itu. Melayu memang dari dahulu dipenuhi dengan hasrat dengki, tidak boleh senang dengan pencapaian orang lain, tidak boleh menerima perubahan dan macam-macam lagi. Sedih aku dengan mentaliti orang-orang Melayu. Kini aku sedar, syarikat kecil yang sebegini orang Melayunya sudah saling berdendam dan bermusuh, apatah lagi tampuk pemerintahan yang dipegang sekarang ni. Melayu sememangnya rela diperintah oleh orang asing dan orang luar daripada mahu membenarkan orang Melayu yang mahu melihat perubahan dalam pentadbiran!!!!
Kini aku memang malu digelar orang Melayu. Aku lebih rela digelar orang Islam!!!

Tuesday, July 13, 2010

Macam manalah Melayu nak maju

memang ai tak faham...i tak tahula macam mana la Melayu nak maju kalau dalam diri tu berselirat dengan dendam kesumat yang tak pernah nak tengok orang lebih maju dari mereka. Lebih 15 tahun ai kerja dengan comp Cina, I tak pernah kena mainan politik yang macam ni punya teruk, baru tak sampai 5 bulan i kerja dengan comp melayu, ai ke back stabbing macam ni. huoooo...mau giler macam ni...
so, kalau diorang ingat ai akan berundur dan membiarkan diorang main permainan ni, memang diorang salah...ai akan join permainan politik ni dan akan kenakan diorang balik...bak kata orang putih, if you cant beat them, join them...join dari segi lain la, bukan dari segi kemalasan diorang nak buat kerja tu...kalau satu buku belek sampai setengah tahun, tak tahula bila buku nak keluar tah...duduk kerja sendiri la baru puas hati agaknya...
satu lagi, kalau bos sendiri tak adil dan dengar orang yang memang tak tahu nak buat kerja, ai memang tak tahu nak buat apalah...sangat susah kalau tali yang kita gantung tu sendiri rapuh dan tak boleh digantung, tak boleh nak cakap apalah kan...kena buatbtali sendiri yang lebih kukuh nampaknya...
apa-apapun, ai akan kenang tarikh 13 July sebagai tarikh i mengenal hati-hati busuk orang yang kerja di tempat ai dan hati bos i yang memang tak ada pendirian...

Sunday, July 11, 2010

La Roja is the ultimate campeon

Ai suka betul hari ini sebab pasukan angkat (selepas Itali) dinobatkan menjadi juara piala dunia yang baru...Huhu...tak sia-sia ai sokong Spain selama ni...Tahniah pada keeper La Roja - Iker Carsillas sebab dapat selamatkan dua percubaan Robben bila berhadapan one to one...Giler...Dah rebahkan badan, masih boleh gunakan kaki untuk selamatkan bola...He should be the best player in that Match...
Syahdu tengok Iker menangis masa dia menjulang piala dunia tu...Mula-mula sedih tengok Cannavaro tayangkan piala masa sebelum permulaan game, separuh masa pertama, game tak cantik, sebab Belanda main kotor. Diaorang kotakan kata-kata Robben, biar main kotor janji menang daripada main cantik daripada kalah...Adakah...Sebab tula ada player Belanda yang naikkan kaki ke dada Xabi Alonso...Kalau ai, sure dah sesak nafas. Dia patut dapat kad merah sebab kesalahan tu sangat serius...tapi pengadil ni akhirnya terpaksa gak layangkan kat merah pada John Heitinga...bengong...jatuhkan Inesta kat luar kotak penanti...Padan muka kan...dua minit sebelum masa tambahan habis, Ineista jaringkan gol...huhu punyala suka, kena kad merah sebab celebrate lama sangat...cute...
Apapun, ai dah ambil keputusan untuk terus sokong La Roja dan juga kelab Sepanyol, Real Madrid sebab ada Iker dan juga Barcelona sebab ada Xavi & Iniesta...
Adios...

Thursday, July 8, 2010

Semakin Menghampiri





Sejak Pasukan Itali kalah hari tu, hati ni dah macam tak besh je nak tengok bola...Mulala sokong pasukan sana sini, tapi suka-suka saja, tak sepenuh hati macam sokong pasukan kesayangan, Itali tu...Tapi sejak akhir-akhir ni, hati telah dicuri oleh pasukan Spain pulak...Semuanya gara-gara David Villa dan Iker Carsilas...Terbaek dari ladang...Kawan-kawan mama bilang mama dah terkena panahan cinta Spanish Man...Hahaha...Hatiku mula terpaut pada Iker...Dah lama tak sukakan pemain bola macam mama gilerkan Roberto Baggio masa dulu-dulu...Masa tu, kalau pasal Roberto Baggio, semuanya mama baca...Sekarang Iker la pulak...Iker main untuk Real Madrid, team yang mama tak suka, tapi nampak gayanya, lepas ni terpaksa la pulak mama follow team Real Madrid semata-mata nak mengikuti perkembangan Iker...Iker...Iker, kau menyebabkan mama curang pada Roberto Baggio, hahahaha...