Monday, January 25, 2010

Ai quit



Hari ni ai hantar surat resignation pada boss yang berada di seberang tambak Johor…Ye la…Boss I ni duk di Singapura tapi mengendalikan kitaorang satu Asia...hebat ek…Heheh…Masa ai hantar surat tu, kawan-kawan ai tanya, kalau boss counter offer you nak pergi tak? Ai cakap, wei, ai dah kerja kat sini 4 tahun tau…Giler diorang mau counter offer, tambahan I punya performance below gred tahun lepas, mau diorang nak counter offer…Kawan-kawan ai tetap cakap, percaya la, boss akan counter punya sebab department I dah kosong dan tak de orang yang nak handle…

Petang ni tadi dapat jawapan daripada boss, terus je dia terima perletakan jawatan ai…tak de nye nak counter offer…I rasa a bit disappointed la tapi I memang dah agak…Nampak benar I memang tak disukai di situ kan…Nasib baik ai dapat tempat yang lebih baik dan dengan gaji yang lebih banyak ek…Tak la rasa cam terkilan teruk ke ape ke Cuma ai dah realize kat mana bangsa kita ni di mata bangsa mereka tu…Nak buat camana kan… Esok kawan-kawan ai mesti merungut-rungut pasal benda ni kan…hehe lantak la…Ada aku kesah?????


Tuesday, January 19, 2010

Rezeki di permulaan tahun 2010

Sedih pulak nak tinggalkan ofis lama ni tapi ai bersedia untuk menghadapi suasana ofis di tempat yang baru dengan gaji yang lumayan…Macam ai cakap masa interview tu, kalau kena dengan gaji yang ai mintak, for sure akan buat kerja dengan bersungguh-sungguh…Tak sangka pulak boleh dapat kan…Emmm tula namanya rezeki…Datang dari sudut yang tak disangka-sangka…Rasanya ai memang tak sangka pulak nak join company baru ni…sesaja mintak, dapat alhamdullilah…tak dapat still alhamdullilah sebab masih ada kerja yang gajinya tidaklah lumayan tapi cukup makan dan masih boleh memberi anak-anak apa yang mereka inginkan…Tapi dengan gaji yang diberi oleh company sekarang, ai cuma mampu bawak diorang makan angin di dalam negara, insyaalah kalau dengan gaji di tempat baru, bolehla bawak diorang setahun sekali ke luar negara, especially negara berhawa dingin…biarlah diorang merasa musim bunga, luruh dan dingin…Musim panas, biarlah di Malaysia aje kan…hihi…

Lupakan kisah cerita untuk bulan Februari…ai nak recall memori masa hujung minggu baru ni…Hujung minggu hari tu kakak dan kak ngah boleh bermalam kat rumah, so hari Jumaat tu ai amik diorang, hantar balik rumah, lepas tu ai balik ke ofis sambung kerja…malam tu start basuh baju diorang…huhu mau nangis mesin basuh ai…dekat 10 kali baru habis basuh baju diorang…Malam sabtu siap gosok semua baju sekolah…senang sikit la diorang kat asrama…tak payah basuh baju…tak payah gosok baju…kiranya diorang belajar je…kalau tak dapat excellent tak tau la kan…Ai cakap dengan husband, kita dah tolong diorang sampai tahap cam tu, esok kalau kita banyak duit lebih kan, kalau kita gi makan angin, diorang tak patut kecik hati kan…pasalnya, kita dah bagi setakat apa yang kita mampu kat diorang, tak de kedekut-kedekutnya, jadi diorang pun tak boleh claim esok2 yang kitaorang tak pedulikan diorang kan…

Danish tengok cam tu kan, teringin gak la duduk asrama, so kalau Danish masuk sekolah yang sama dua tahun lagi, tinggalla kita bertiga je dengan umairah…hish2…kalau Danish kat situ, maknanya, 7 tahun le kitaorang berulang-alik ke Kuala Selangor…Mak ai…lama tu, sampai Umairah sekolah menengah le jawabnya…Tak payah la pulak Umairah sambung kat sekolah situ pulak ek…Harus jadi 12 tahun, sampai mak pencen nyah…tak mo le…jemu lak rasanya..hihi…

Sejak ai dapat offer letter ni, hati memang senang betul…Tambahan dah confirm dengan CEO company baru tu kan kerja ai, senang la hati ai…harap-harap ai bertahan sampai pencen kat situ le ek…Kalau ye, Alhamdullilah tapi kalau ai berhenti awal pun, sebab ai nak duk rumah dan bersenang-lenang jawabnya…Kiranya rezeki ai di tahun baru ni, memang agak murah la…harap-harap berpanjangan sepanjang tahun…AMIN…


Wednesday, January 13, 2010

Sudah tercapai 1 azam

Tahun baru 2010 baru beberapa belas hari kan, tapi salah satu azam ku hampir tercapai...Iye, ai dah dapat kerja baru dengan gaji yang baru, dengan pangkat yang baru...huhu...Alhamdullillah... Moga lepas ni banyak lagi azam ai yang akan tercapai kan...harap2 la...Kena berusaha dan berdoa banyak-banyak pada Allah kan...Kalau ada rezeki, memang tak ke mana...Yang hak tetap hak...
Ai sebenarnya berat hati nak tinggalkan company lama...Hampir 4 tahun di sana...Banyak kenangan...kawan-kawan semua besh walaupun berlainan bangsa dan agama tapi ngam satu kepala...tapi demi masa depan yang gemilang dan cemerlang, ai terpaksa juga melangkah pergi... Harap-harap masa depan ai kat comp baru tu lebih cemerlang kerana menguruskan department sendiri...Amin...

Thursday, January 7, 2010

Perihal kakak dan kak ngah


Sejak kakak dan kak ngah tak de ni memang sunyi je rumah...Sejak tahun baru ni, ai belum masak lagi sebab tinggal berempat, makan kat kedai lagi bagus…Tapi Danish macam tak nak je…Mungkin jemu agaknya makan kat kedai…tengokla malam ni rasanya masak kat rumah je la…

Dah beberapa hari kakak dan kak ngah called tanya boleh tak diorang nak sekolah kat rumah…Dulu diorang yang beriya-iya nak duduk kat asrama, so ai pun masukkan la tapi sekarang ni agaknya diorang rasa susah nak duduk kat asrama, kena campur dengan ramai orang, kena kongsi barang dengan 19 penghuni dorm yang lain, tu yang rasa susah sungguh agaknya…

Ai bukan tak kasihan tapi nya ai nak diorang berdisiplin, time makan, time main, time belajar, time tengok TV…kalau kat rumah, diorang melengkar depan TV je kerjanya…Tak berdisiplin langsung jadinya, ain ye mulut pun jadi meninggi je suaranya…susah kan…

Pagi tadi bincang dengan cik hubby, kalau dalam sebulan ni diorang tak happy gak, kita orang keluarkan dari asrama tu, sekolahkan kat sekolah sini je…Kesian pulak, kang tertekan tak boleh belajar langsung payah gak…Tak pe la, duit boleh cari tapi kesihatan mental anak-anak kalau terjejas susah gak…Kalau diorang berdua tak leh duduk asrama, makanya semua anak-anak yang lain tak akan ai masukkan keasrama lagi la jawabnya…Tunggu dan lihat macam mana dalam seminggu dia ni…
Umairah dan Danish rindu kakak dan kak ngah kot...Termenung sana...termenung sini...kucing-kucing pun cam tu gak...cari-cari bayang kakak dan kak ngah...emmmm....

Monday, January 4, 2010

Penatnya di Tahun 2010!!!!

Sudah 5 hari di bulan Januari…Hidup ku tak keruan…Mana taknya, 1 Jan, kat rumah kakak di Tanjung Karang dari tengah hari sampai petang, lepas tu malam bekejar ke Giant sebab nak belikan barang-barang kakak dan k ngah…Tak habis lagi tu…Ada je barang yang tak ada termasuklah baju bercekak di hujung…Masuk sekolah agama tak boleh guna baju kurung berlengan besar…Kena bercekak pulak…Kat Giant tak de terpaksala suruh tukang jahit buatkan sebab dah beli 2 helai yang tangan biasa tu…Alamak… manalah nak cari kan…Ai angin dengan kak ngah hari ni sebab dia dah pergi delete semua gambar sunat Danish yang ai belum upload ke laptop lagi…Abisla gone semuanya…kesian Danish tak de gambar sunat langsung…Tak de rezeki kan…Tula, moral of the story, jangan tangguh untuk buat sesuatu ok…Itulah balasannya…

2 Jan, pagi-pagi dah sibuk cari tukang jahit sebab nak cekakkan tangan…pergi 1 tukang jahit ni, dia cakap kena amik masa 1 minggu sebab banyak kena buatkan…Nak cekak kan kat tangan tu susah…Hmmm…mana boleh tunggu seminggu kan???? Pening…Pergi pulak 1 kedai jahit ni…tuan punya eksen le sesangat nye…Mula-mula cakap boleh, tapi mahal…bila kita cakap ok tak kisah boleh bayar, tetiba pak cik tu cakap esok boleh? Bengangnya ai…lepas tu ai cakap dengan hubby, kalau setakat cekak kat hujung letak getah nak charge RM10, ai pun boleh buat, letak butang ketap je…Huhu…bengang giler…Sudahnya, tengah hari baru ai dapat pergi majlis kawin kakak ai kat Tanjung Karang tu… Nasib baik la tak yah tolong sangat, ai mengantuk giler…dalam hati tensen pasal barang-barang kakak dan kak ngah tak siap lagi…banyak lagi agaknya…Dalam pukul 6.30 kitaorang balik, sampai rumah sembahyang maghrib dulu then, pukul 8 pergi the store…Alamak…rumahnya baju bercekak tu memang ada jual la…Tensen ai…harga pun sama dengan baju biasa…Namanya baju kurung Ummi, keluaran Canggih…Terpaksala beli 2 helai sorang, kain lagi 1 sorang dan tudung bulat labuh 2 helai sorang lagi… Huhu selesai masalah ai…banyak gak settle…kecuali gambar budak-budak ni…Sebelum g the Store, aid ah cakap dengan hubby, suruh dia berhenti nak amik gambar kakak dan k ngah tapi hubby kata kat the store ada kedai gambar…seingat ai memang tak de tapi dah hubby insist, so terpaksa dengarla kan…Rupa-rupanya, nan ado…memang tak de pun kedai tu…Makanya cik Hubby diam aje lakan…balik sudah dekat pukul 11, makan…lepas tu sudahnya tidor pukul dekat pukul 2…

3 Jan, bangun pagi sebab kakak dan kak ngah kena mendaftar di SMKA Kuala Selangor…Pukul 8 dah siap daftar…lepas tu breakfast then pergi daftar bilik…dapat katil bawah sebelah menyebelah untuk kakak dan kak ngah…lepas tu dah siap kemas almari lagi…pergi dengar taklimat, bila balik hostel, rupa-rupanya kitaorang salah bilik…Wa wa punya angin la kan…Kena kemas balik, bila masuk bilik yang betul, tinggal katil kat atas je ada…Nak tak nak terpaksa amik jugak la kan…Kakak menangis dari start dapat katil, sampai bilik makan, sampai ai nak beredar pun masih menangis lagi…kak ngah tengok kakak menangis, dia pun menangis la…Tapi ai sendiri terkejut sebab ai tak boleh menangis langsung…Sedih memang sedih sebab dia berdua tak pernah berenggang dari ai dari kecik, pergi tidur rumah orang pun jarang-jarang…mana diorang tak sedihkan…Ai cool je sebab kalau ai sedih diorang lagila sedih kan…Tahan je…So balik awal sebab tak nak diorang berlarutan menangis…Dalam pukul 3.30 sampai rumah…berehat-rehat sebab dah full 3 hari kan…Tunggu jugak kalau-kalau diorang call tapi tak de pun…Ok la kot…

4 Jan, ai apply cuti kat big boss dari Khamis tapi tak de respon, so ai rasa boss tak approve kot, so ai amik ½ day je…Tu pun sebab Umairah daftar kindergarden baru, so ai tengok dia camana la…Nampaknya ok…Cool aje…ramai gak peminat si Umairah ni…Ada parents yang tau Umairah sekolah kat Krista, terus daftar anak dia kat situ jugak…sudahnya anak dia pun duk sampai petang sama macam Umairah…Danish pun tukar taska transit baru, betul-betul depan sekolah agama dia…senang sikitla ai…tak de la Danish komplen asyik tiba lambat kat sekolah agama dan kena denda dengan cikgu…Ni Danish sampai taska pukul 1.30, mandi, rehat, makan dan bersiap untuk gi sekolah agama, tak la rush dan tergopoh-gopoh…dalam pukul 2 dah sampai sekolah, sembahyang zohor pun sempat lagi…Alhamdullilah…Petang amik Umairah dulu lepas tu baru amik Danish…Bawak pergi makan terus, Danish komplen, hari-hari kena makan kedai ke? Alamak…Camana tu ek…Esok kena masaklah pulak…Bosan agaknya anakku ini…Malam masa nak tidur, dekat pukul 11, kak ngah dan kakak telefon suruh ai g sekolah dia sebab diorang nak balik…ai try pujukla cakap nanti ai datang hari sabtu, dia tak nak…I pujuk lagi baik-baik…I tau dia rindu kat rumah, kucing, telefon, Danish, Umairah, ai dan ayah dia…tapi nak buat camana…Takut pulak ai kalau kak ngah trauma pulak…Harap-harap tak la…Tengok esok camana pulak…Orang tak biasa kan…Lagipun kecik lagi…I buat ni bukan sebab ai nak lepas tanggungjawab ai sebagai mak bapak tapi ai hantar dia ke sekolah agama sebab ai nak diorang ada basic agama yang kuat untuk menghadapi cabaran akan datang…dan ai nak diorang belajar berdikari dan tahu menguruskan diri sendiri…kesian memang kesian, sayang memang sayang tapi inilah didikan yang perlu ai berikan pada diorang…Tengok camana pulak diorang esok…Mungkin jemu sebab tak de aktiviti di minggu orientasi ni kot…tu yang asyik teringat kat keluarga je…kesian kakak dan kak ngah!!!!