Wednesday, September 16, 2009

3 hari sebelum raya

Raya dah makin dekat...Beberapa hari lagi nak melangkah ke hari raya...Umairah menghitung hari sekolah hehehe tapi pagi tadi dia menangis-nangis, kata demam tak nak pergi sekolah...Sebaik aje mama cakap tak yah sekolah la duduk kat nursery, terus bangun ni bukak baju seluar dan pergi bilik air...baru keluar suara...tau dah rupa-rupanya dia malas g sekolah...memang la semalam selsema dia teruk sampai g jumpa doktor...doktor kata tonsil bengkak ni and doktor usik dia minum air batu ye...tunduk je umairah sebab memang betul pun ape yang doktor cakap tu...dua tiga hari lepas, umairah dengan si abang tu asyik minum air bandung je... manalah tonsil tak bengkak...tadi call dia, ibu kat nursery kata dia ok je, ubat dah makan, tadi umairah bawak bekal ayam goreng dengan nasi je...bila tanya umairah dia tengah buat ape, dia kata tengah melukis...huhu tengah excited rupanya anak aku tu ek...demam nak balik kg la tu...
semalam, aku rasa cam malas nak masak ditambah pulak hujan lebat cam nak kiamat jadinya double malasla jadinya...so aku ingat nak makan kat kedai je...tunggu anak-anak balik sekolah, suruh diorang mandi sembahyang, lepas tu 6.45 pm keluarla ke kedai terlanjur tu nak ambil hubby sekali kat simpang luar...sampai kedai, mak ai...rupanya bukan aku je malas masak, hampir semua orang kat tempat ni makan kedai...so kami tak dapatla makan kat situ, kami gi la highway nak makan sate, sampai kat kedai hj samuri tu, dah azan...makan nasi campur, budak-budak tu makan nasi goreng...umairah tak nak makan sangat sebab tekak dia sakit...tunggu sate...cepat je siapnya berbanding kedai tadi...tau cam tu, aku masak telur dadar dengan nasi goreng kampung je senang...ari ni tak sure...mungkin makan kedai mamak je kot...senang arr...malas nak basuh pinggan sebenarnya...
malam semalam pergi amik baju kat rumah kakak aku...Dia duduk tak jauhla sepenanak nasi je...maknanya, nasi tak masak aku dah sampai rumah dia...bukan dia yang jahitpun, kawan dia...so raya sakan la budak-budak tu sebab diorang tunggu baju kurung je, baju yang lain semua dah beli hari tu...aku nye pun dah siap 2 helai...so kasut je belum beli...tak pe la, lepas raya boleh beli...lagipun bulan ni baru beli beg baru, kasut nanti-nanti la dulu...lepas-lepas raya pun boleh beli...tengokla kalau rajin g cari kasut kat KB...hari sabtu pi ronda KB jap tengok apa yang ada hehehe lagipun cek dah dapat semalam...dah bank in pun pagi tadi...so sabtu ni clearla...besh nye...
ingat nak mc ari ni sebab mood memang dah tak de...tensen tul la bila author2 ni terlebih rajin nak jumpa aku lak ari ni...lak tu ada lak teleconference dengan boss kat singapore...tensen...tensen...badan kat ofis tapi hati dah kat mana-mana dah...

Esok janji dengan budak-budak ni nak bertolak kot 3.30 am, by the time sampai kat gombak, pukul 4.30, just nice...ingat nak goreng nugget untuk umairah sebab dia tak puasa...kak ngah pun sama...so kena ada bekal la sikit...Yang lain, ingat nak gorengkan ayam crispy dan masak nasi goreng kampung je...cukup dah tu buat sahur... nanti buka kat KB baru makan kau-kau...kitaorang suka je makan makanan kat sana...macam-macam ada... aku fleksible...mana-mana makanan boleh makan janji halal dan tidak menyebabkan penyakit darah tinggi aku semakin tinggi dah la...Oh ya...nasib baik dah amik ubat darah tinggi semalam...ubat demam dan selesema umairah pun dah ada...yang dah besar tu tak kisah sangat, umairah ni sebab dia bawah 6 tahun, risau gak...ape lagi ek...oooo kuih raya untuk mek tak leh lupa...dah la tak bawak kuih lain, kang lupa lak bawak kuih kerepek yang aku dah beli untuk mek tu...
Baju mek dan ayah beli kat KB je la...macam-macam ada kat KB sekarang ni tapi tak tau la sure KB jem teruk sabtu ni, banyak orang dah balik kan...tiap-tiap tahun cam tu...alamak cakap KB lak, padahal rumah mak mentua kat KB je hehehehe...tengok camana la...mana-mana yang sempat la beli...den tak kesah...

Tuesday, September 15, 2009

Ye ye Hari Raya Nak Tiba & Bajet Hari Raya

Agak lama tak update blog...Malas dah datang balik la tu...Maklumla masa anak-anak cuti panjang, mama pun cuti tapi menunggu kat rumah je...Tak la macam sesetengah mak bapak yang bertunggu tangga kat sekolah...entah apa yang ditunggu tak tau sebabnya anak-anak tu bukannya dapat keluar pun...Break setengah jam je pun duduk dalam kelas...jadinya, daripada mama penat tunggu (lagipun dilarang oleh anak-anak) baik mama duduk kat rumah tengok TV di bulan-bulan puasa yang mulia ni...

Apapun, harapan mama pada kakak dan kak ngah, kalau tak dapat 5A pun tak pe, masa depan masih panjang...Mama dan ayah pun tak score tapi boleh gak masuk Universiti dan hampir-hampir buat master cuma sebab malas banyak, jadinya tak diteruskan niat tu...Walau camanapun, hujung tahun ni, mama memang nak buat master part time...2 tahun lagi boleh la mama mengajar lak...bosan rasanya duduk kat ofis ni...

So far persiapan raya dah 90% siap...check list: (Alhamdullilah - semua dalam bajet)

1. Baju & kasut raya anak - semua dah beli - termasuk kasut, tudung dan songkok - sampai Umairah pun beli tudung gak...habis dalam RM1000...

2. Baju kurung tempah - mine - 2 helai; kak ngah 2 helai; kakak - 1 helai; umairah - 2 helai - total cost - RM170 untuk 7 pasang ni...

3. Langsir - dah siap ditempah - untuk sliding door dan tingkap tempat makan - RM220 termasuk upah menjahit...Dalam bilik - guna langsir lama ok...berjimat cermat...

4. Kuih - dah siap 3 jenis - biskut suji; biskut arab & mini muffin...tapi... anak-anak dah habiskan...nampak gayanya lepas balik beraya kena buat balik...huhu tensen mak tau...nasib baik adik nye tu dah siap selefontape...kalau tak mau habis gak... yang jenis tunjuk ada gak - 6 jenis tunjuk - 3 jenis kerepek...semua total biskut raya - RM200...

5. Perabot - guna yang lama je...Jangan membazir, ikutkan hati nak beli baru tapi hujung tahun nak guna RM3000 untuk perbelanjaan sekolah anak-anak...tambahan kakak dan k ngah dah masuk sekolah menengah...lagila besar belanja... sabor mama...sabor...

6. Duit balik kg - dah peruntukkan dalam RM1000 sebab balik ke kelantan dan johor... dua2 kampung kena balik la walaupun kat Johor tak dak de orang tua...Mula-mula adik-beradik argue jugakla kenapa balik ke kelantan pulak taun ni, abis akak jawabla dah kita nya mak dan pak mentua hidup lagi, balikla...raya ke5 barula balik ke johor...

7. Duit raya - dah siap tukar...total RM500... udah banyak sangat anak sedara kedua-dua belah...kena la bagi jugak sebab kira cam sedekah hari raya la kan...Tu tak termasuk duit siling 50 sen dan seringgit buruk yang memang disimpan just in case duit raya tak cukup...

8. Penting jugak ni, makanan kucing dalam bungkusan besar sebab nak tinggal 6 hari (kelantan) kena la tinggalkan banyak makanan - kucing sendiri 3 ekor, kucing angkat 2 ekor, sedekah kat kucing jalanan - tak terkira berapa ekor...kadang-kadang rasa cam rumah kebajikan kucing lak tapi mama ikhlas demi Allah bagi kucing makan kecuali kalau kucing tu pancit kat dinding rumah mama marah la...kalau tak, biarla kucing-kucing tu makan - smartheart lagi beli tau...Tak pe, rezeki kucing-kucing tu...Tak miskin de kalau bagi kucing makan...Lagi banyak rezeki yang datang tau...RM35 untuk 3.5 kg...cukup kot untuk 6 hari, kalau tak kang mama belila yang pek besor 7 kg tu, baru RM60 je...makanla kucing-kucing ku sampai pengsan...

9. Yang 10% lagi tu adalah baju mek & ayah tak beli lagi dan juga baju anak buah seramai 8 orang...kalau tak sempat, bagi duit je la jawabnya ek...mama nye kasut yang kat schol tu tak amik lagi tau...RM200 tu...mahal sangat nanti-nanti ler...

10. Penyelenggaraan kereta - ganti minyak hitam, tukar penapis, alignment, kipas air-cond dah siap dah minggu lepas...Semuanya dalam RM300 - ni bahagian suami yang uruskan...mama memang tak berapa pandai...

huh...panjangnye list...seperti yang dikata tadi, semua dalam bajet...tak terlebih, tak terkurang...Alhamdullilah...memang sistem sampul surat yang mama amalkan memang berkesan biarlah orang kata stail kampung, janji tak berhutang kad kredit masa berbelanja di musim perayaan ni...kalau semua caj ke kad kredit, balik raya pening memanjang buat pe...so far Alhamdullilah, persiapan mama siapkan dalam bentuk cash...begitu jugak untuk persiapan kembali ke sekolah bulan 12...Contractual bonus sebulan dalam bulan December, memang mama peruntukkan untuk persiapan anak-anak...Untuk mama punya? Tak pe la, bulan-bulan dah ada gaji, boleh beli sendiri :)

Tuesday, September 1, 2009

Lagi 6 hari ke UPSR


Huhu dah masuk bulan September, bermakna beberapa hari sahaja lagi kakak dan kak ngah akan menghadapi peperiksaan besar pertama dalam hidup mereka…UPSR…rasa-rasa mentally diorang dah prepare, maklumla 4 kali trial…kakak 4 kali score 5A, kakak ngah lak 3 kali 4A 1B, last trial, semalam tau result dia score 5A… Alhamdullilah… Boleh boost semangat dia pasal dah cuba 3 kali, baru berjaya dapat 5A…Alasan yang kak ngah selalu bagi ialah cikgu kelas 6F memang kedekut bagi markah kat diorang, sebab tu la kakak (kelas kedua) sedang dapat 5A sedangkan dia di kelas pertama susah nak dapat…Ape-apepun kak ngah puas hati sebab dia berjaya menempatkan diri dalam 10 terbaik keseluruhan tahun 6 sebab kali ni dia dapat no 9…kakak dapat no 6 tapi markah dia kurang sedikit daripada kak ngah…Ape-ape pun, harap-harap diorang betul-betul boleh score dalam peperiksaan sebenar pada minggu hadapan…Mama pun dah apply cuti 3 hari, bermakna cuti Nuzul Quran hari Isnin tu bersambung hingga hari Khamis… Bestnya…Bolehla mengemas rumah dan buat kuih raya kalau cam tu…

Semalam mengamuk dengan hubby, pasalnya sebab nak ambik dia kat luar, habis bubur kacang hijau ku kering air manakala nasi tomato kering tanya sempat dimasukkan sos tomato…Huhu sentap jap la mama ni…terus cakap yang mama ni cam robot terkejar sana terkejar sini…kesian hubby terasa lak hatinya, terus cakap tak pe la esok tak payah ambil dia la, biar dia buka kat kedai India depan tu huhu…sentap jugak ke??? Dalam marah-marah tu, jadi jugakla kacang hijau tu mama tak masukkan santan, tapi susu cair je…untuk nasi tomato, sempat gakla masukkan sos tomato…bila dah buka, sedapla pulak bubur kacang hijau tu, dari seperiuk penuh, tinggal semangkuk je masa nak berbuka tu, Alhamdullilah…Sedap je nasi tomato instant tu…bertambah-tambah anak-anak makan…tak taula sebab diorang lapar ke atau nak ambil hati mak dia ni…tapi ape-ape pun, habis semua makanan semalam…Syukur…Tahun ni rasanya OK sangat perancangan untuk berbuka puasa…serba sederhana…nak ajar anak-anak walaupun ada duit tapi kita masih boleh hidup sesederhana yang mungkin kan…marah mama pun tak lama, kejap je, lepas dah siap masak tu, ok balik la…biasanya dah tua-tua ni, nak naik angina saja la kerjanya…sabar…sabar…mama oi…

Sejak dua tiga malam lepas, kami berjemaah sahaja maghrib dan isyak, dan lepas tu bertarawih sekeluarga…Danish suka aje dapat berjemaah cam tu, tak yah la mama dia terjerit-jerit suruh dia sembahyang kalau dah pukul 10…jadinya, lepas buka, rehat jap, sembahyang maghrib, rehat jap, sembahyang isyak dan kemudian sembahyang terawih…weekend boleh la sembahyang kat surau, masa kerja ni agak malas sikitla…tapi janji berjemaah kat rumah, ye tak…setakat ni Alhamdullilah, tak ada anak-anak yang ponteng puasa kecuali kalau memang uzur cam kakak dari 1st puasa sampai hari ke-8…tapi tinggal camanapun kakak tetap akan ganti puasa dia…kakak ngah, masih menunggu hari tapi dia doa banyak-banyak janganla dia uzur puasa tahun ni cam puasa tahun lepas tu…

Persiapan raya, dah separuhla, baju raya anak-anak dah beli semua sabtu lepas, termasuk kasut, songkok, dan tudung…settle bahagian anak…bahagian mak dengan ayah tak pe…tak raya pun memang beli baju dan kasut gak…biasala tu…malam raya kat KB nanti pun boleh beli lagi…baju raya tinggal ambik je…langsir pun dah tempah tinggal ambik je…tinggal tukar duit raya baru dan buat kuih raya je…Minggu depan, insyaallah, kuih raya siap dibuatla dalam 3 4 jenis yang simple-simple…kalau nak lebih, nanti malam raya diorang lelong kuih raya, beli aje la…untuk mak mentua dan ayah mentua, beli kain dan baju je…lepas tu bagi duit raya…siap…rasanya setakat ni, segala perancangan berjalan dengan lancar…Cuma tang nak beli perabut baru kena tangguh sikit pasal duit yang ditunggu belum muncul…tak pe…lepas raya pun boleh beli, guna dulu perabut yang ada kan…dapat duit baru pergi kedai, no money no talk ok…