Tuesday, September 1, 2009

Lagi 6 hari ke UPSR


Huhu dah masuk bulan September, bermakna beberapa hari sahaja lagi kakak dan kak ngah akan menghadapi peperiksaan besar pertama dalam hidup mereka…UPSR…rasa-rasa mentally diorang dah prepare, maklumla 4 kali trial…kakak 4 kali score 5A, kakak ngah lak 3 kali 4A 1B, last trial, semalam tau result dia score 5A… Alhamdullilah… Boleh boost semangat dia pasal dah cuba 3 kali, baru berjaya dapat 5A…Alasan yang kak ngah selalu bagi ialah cikgu kelas 6F memang kedekut bagi markah kat diorang, sebab tu la kakak (kelas kedua) sedang dapat 5A sedangkan dia di kelas pertama susah nak dapat…Ape-apepun kak ngah puas hati sebab dia berjaya menempatkan diri dalam 10 terbaik keseluruhan tahun 6 sebab kali ni dia dapat no 9…kakak dapat no 6 tapi markah dia kurang sedikit daripada kak ngah…Ape-ape pun, harap-harap diorang betul-betul boleh score dalam peperiksaan sebenar pada minggu hadapan…Mama pun dah apply cuti 3 hari, bermakna cuti Nuzul Quran hari Isnin tu bersambung hingga hari Khamis… Bestnya…Bolehla mengemas rumah dan buat kuih raya kalau cam tu…

Semalam mengamuk dengan hubby, pasalnya sebab nak ambik dia kat luar, habis bubur kacang hijau ku kering air manakala nasi tomato kering tanya sempat dimasukkan sos tomato…Huhu sentap jap la mama ni…terus cakap yang mama ni cam robot terkejar sana terkejar sini…kesian hubby terasa lak hatinya, terus cakap tak pe la esok tak payah ambil dia la, biar dia buka kat kedai India depan tu huhu…sentap jugak ke??? Dalam marah-marah tu, jadi jugakla kacang hijau tu mama tak masukkan santan, tapi susu cair je…untuk nasi tomato, sempat gakla masukkan sos tomato…bila dah buka, sedapla pulak bubur kacang hijau tu, dari seperiuk penuh, tinggal semangkuk je masa nak berbuka tu, Alhamdullilah…Sedap je nasi tomato instant tu…bertambah-tambah anak-anak makan…tak taula sebab diorang lapar ke atau nak ambil hati mak dia ni…tapi ape-ape pun, habis semua makanan semalam…Syukur…Tahun ni rasanya OK sangat perancangan untuk berbuka puasa…serba sederhana…nak ajar anak-anak walaupun ada duit tapi kita masih boleh hidup sesederhana yang mungkin kan…marah mama pun tak lama, kejap je, lepas dah siap masak tu, ok balik la…biasanya dah tua-tua ni, nak naik angina saja la kerjanya…sabar…sabar…mama oi…

Sejak dua tiga malam lepas, kami berjemaah sahaja maghrib dan isyak, dan lepas tu bertarawih sekeluarga…Danish suka aje dapat berjemaah cam tu, tak yah la mama dia terjerit-jerit suruh dia sembahyang kalau dah pukul 10…jadinya, lepas buka, rehat jap, sembahyang maghrib, rehat jap, sembahyang isyak dan kemudian sembahyang terawih…weekend boleh la sembahyang kat surau, masa kerja ni agak malas sikitla…tapi janji berjemaah kat rumah, ye tak…setakat ni Alhamdullilah, tak ada anak-anak yang ponteng puasa kecuali kalau memang uzur cam kakak dari 1st puasa sampai hari ke-8…tapi tinggal camanapun kakak tetap akan ganti puasa dia…kakak ngah, masih menunggu hari tapi dia doa banyak-banyak janganla dia uzur puasa tahun ni cam puasa tahun lepas tu…

Persiapan raya, dah separuhla, baju raya anak-anak dah beli semua sabtu lepas, termasuk kasut, songkok, dan tudung…settle bahagian anak…bahagian mak dengan ayah tak pe…tak raya pun memang beli baju dan kasut gak…biasala tu…malam raya kat KB nanti pun boleh beli lagi…baju raya tinggal ambik je…langsir pun dah tempah tinggal ambik je…tinggal tukar duit raya baru dan buat kuih raya je…Minggu depan, insyaallah, kuih raya siap dibuatla dalam 3 4 jenis yang simple-simple…kalau nak lebih, nanti malam raya diorang lelong kuih raya, beli aje la…untuk mak mentua dan ayah mentua, beli kain dan baju je…lepas tu bagi duit raya…siap…rasanya setakat ni, segala perancangan berjalan dengan lancar…Cuma tang nak beli perabut baru kena tangguh sikit pasal duit yang ditunggu belum muncul…tak pe…lepas raya pun boleh beli, guna dulu perabut yang ada kan…dapat duit baru pergi kedai, no money no talk ok…

No comments:

Post a Comment