Tadi ai terbaca satu post kat blog oversea pasal kawan dia ni kematian suami bila-bila masa...Ai memang suka baca blog-blog yang berkisar tentang kehidupan sederhana, kehidupan zen berjimat cermat dalam kewangan sebagai panduan...Dah bertahun dah baca blog oversea pasal benda-benda tu tapi bila search kat local, memang tak jumpa...So ai ingat nak menulis la jugak pasal cara hidup sederhana dan berhemah sejajar dengan ajaran Nabi Muhammad ye tak..Ai memang dah bertahun-tahun mengamalkan cara hidup berhemah ni...Ai tak guna kredit kad dan tak de hutang kredit kat...personal loan pun tak de...cuma ada kereta dan rumah je...Itu kira pencapaian besar jugak la sebab dahulu masa usia tu muda-muda sikit, memang ai terjebak dengan benda-benda cam tu...kredit kad ada 5 kot (tengok sampai lupa sebab dah lama tak de)...personal loan dengan B.R...Tapi tu semua ai dah tinggalkan bila ai sedar, hidup kita ni memang tak akan berasa aman selagi hidup dibelenggu hutang....
Berbalik pada blog yang ai baca tadi, suami kawan penulis ni meninggal dunia secara tiba-tiba dan meninggalkan dia yang tidak bekerja dan 4 orang anak yang masih kecik (alamak, cam nasib ai la pulak)... Suami sahaja yang bekerja menampung keluarga selama ni...isteri dah berhenti kerja sebab nak jaga anak 4 orang tu (kat sana belanja daycare memang mahal giler)... Malangnya, si suami meninggal tanpa meninggalkan 3 perkara yang maha penting ini, iaitu:
1. Insurans nyawa - ini sebenarnya sangat penting terutama kalau si suami yang bekerja...sebabnya, at least bila suami meninggal dunia, adala jugak tempat bergantung sebelum si isteri dapat memulakan perniagaan ataupun mula bekerja balik...kat Malaysia ni, kalau kerja kerajaan at least si suami meninggalkan pencen manakala yang kerja swasta pulak adalah jugak caruman KWSP...Tapi yang bekerja sendiri tu camana? Kalau insurans tak de, KWSP pun tak de, apa yang akan jadi pada isteri dan anak-anak yang masih kecil? Masalah tak de insurans nyawa ini sering berlaku pada masyarakat Melayu sebab kita ni masih tak peka dengan benda-benda macam ni sedangkan kaum lain terutama kaum China dah lama dah tahu pasal kebaikan insurans ni...Jadinya, orang Melayu perlula mengubah mindset mereka dan menjadikan insurans sebagai salah satu perkara yang wajib ada dalam list kita, memang nyawa tak boleh ditukar ganti tapi sekurang-kurangnya keluarga yang ditinggalkan tidak putus tempat bergantung buat sementara waktu...Ni ai dah ada ofis nye, so ai tak amik personal sebab ofisnya banyak dan free...ok sikit...
2. Wasiat - Orang Melayu memang lemah dalam bab-bab hal ni...Sebenarnya wasiat ni penting kerana kalaupun kita ada sedikit harta, orang yang ditinggalkan tahu tentang hak mereka...Contohnya, KWSP...setiap tahun, mereka akan menyuruh kita mengupdatekan penama sebab ada satu kes di mana si suami ni masa bujang-bujang letak nama girfriend sebab kononnya sayangla kan...So bila dah clash, kawin dengan orang lain dan beranak-pinak, si suami terlupa nak tukar nama pewaris KWSP dia...So bila tiba-tiba dia meninggal, si isteri pergila ke KWSP sebab nak uruskan pasal duit tu kan, alih-alih, tengo penama bukan dia atau anak-anak tapi nama orang lain yang tak dikenali...alamatnya telan air liurla...yang ni ai dan encik hubby bila dapat umairah, terus letak nama keempat-empat anak dalam list, so sorang dapat dalam 25% bagi kedua-dua KSWP kami...banyak tu tak la, tapi bolehla untuk menguruskan kewangan mereka jika berlaku apa-apa kepada kami berdua...Rumah pulak kami amik Islamic loan dengan B**k R**yat...Jadinya jika ditakdirkan kami berdua serentak tak de, rumah tu dapat kepada anak-anak yang berempat, dan tak yah bayar sesen pun sebab hutang rumah akan mati bersama-sama kami berdua...So kami kena le buat wasiat pasal benda ni, senang kalau terjadi apa-apa nanti...Lupa pulak, khairat kematian kena kemas kini sebab takut-takut nanti, orang tak tau nak tanam kat mana lak...
3. Emergency Fund - dalam bahasa Melayunya tabung kecemasan - kalau nak ikutkan, kita kena ada sekurang-kurangnya 6 bulan perbelanjaan rumah dalam tabung ni, tapi mungkin susah kot...Jadi, sekurang-kurangnya kita kena ada dalam RM5000 dalam tabung ni sebabnya, kalaula berlaku sesuatu yang tak terduga dan membabitkan kematian, sementara nak claim dari KWSP ka, insurans ka, masa nak uruskan jenazah tu semua perlukan duit, nak beli kain kapan, nak upah penggali kubur etc...tu semua bukan free, ada duit boleh dapat rumah terakhir, kalau tak, tanamla kat kampung nun jauh di sana...Duit khairat kematian pun kena bayar setiap tahun (updated) ye...Ni ai dah ada...
Ni la tiga perkara penting yang sering kita lupakan...Sebab tu ai selalu ingatkan diri sendiri, kematian akan datang tiba-tiba tak kira pada masa bilanya...Jadinya, kalau dah ada 3 perkara di atas tadi, Alhamdullilah ditambah pulak dengan tiadanya hutang piutang, kita akan sentiasa berasa lapang dada sebab kita tahu, kita dah sentiasa bersedia menghadapi kematian...dan bangga kerana selain daripada bekalan yang kita akan bawa untuk diri sendiri semasa di akhirat, kita juga sudah bersedia meninggalkan bekalan untuk keluarga yang bakal ditinggalkan...Amin...
No comments:
Post a Comment