Hari ni hari yang menghampakan...Menutup perjalanan sepanjang tahun 2009 yang boleh ai sifatkan sebagai tidak menyenangkan langsung...Setelah bertungkus lumus bekerja sepanjang tahun dengan begitu gigih, appraisal hujung tahun begitu menghampakan dan kerja ai sepanjang tahun dikatakan below perperformance...How pathetic...Mujurla orang yang membuat appraisal tu dah mengambil keputusan untuk meninggalkan department kitaorang...Ai mengharapkan agar boss baru akan lebih menyenangkan hati dan kerja ku ini... So maknanya, resolusi ai pada 2010 ialah bekerja dengan smart sahaja bukannya work hard...
Lepas tu bila ai minta direntor company aku sign dokument dia soal siasat ai macamla ai ni b***h sangat tak geti buat kerja...semak gile-gile dan tanya ai mana approval dari big boss di s*******e...manala ai tau...diorang yang approve, ai pulak yang kena question...g**a kan...ai tahu sekarang yang bangsa c**a ni, memang tak percaya kat melayu macam ai sebab yang nak pergi tu pun c**a jugak...banyak buat silap tapi dorang percaya dia...ni ai yang ikut buat ape yang diorang dah approve boleh la dia siap cakap macam ni...aiyo...I masa tukar orang baru, banyak takutla sama you buat salah???? what the h**l? ai ke yang salah tu? So my resolution for 2010, tak akan buat apa-apa suggestion atau cadangan...hanya akan menurut je cakap big boss so kalau salah ai boleh cakap, ai ikut you orang punya approval, i mana tau ada campur dalam hal-hal approval...hahahaha biar lepas tu dia bengang...
Ai jugak plan nak cari kerja baru...memang tengah cari ni...kalau dapat, yahoo...ai nak tender dalam tempoh 1 minggu je macam budak tu buat...biar kelam-kelibut diorang cari pengganti sebab selama ni ai kena buat kerja 5 orang tau...giler ke ape kan...nilah nasib kerja kat company yang dikuasai oleh c**a...memang nasib melayu teraniaya sungguh...
Hari ni aku mendapat malu besar...Mana taknya...masa nak lunch tadi aku jatuh terduduk sebab kaki kerusi ku patah...Huhuhu, malunya...lepas tu masa aku nak bangun, tak boleh la pulak sebab badan dah berat...Malu betul tapi nasib baik la ada seorang lelaki ni dengan gentlemannya, berikan aku kerusi lain tapi sebelum tu dia check dulu sama ada kaki kerusi tu elok tak, lapik dua kerusi baru bagi kat aku...terima kasih ya dik... Rupanya masih ada yang baik hati macam tu kan...Orang lain semua pandang...tapi nak buat camanakan...mungkin sebab aku ni dah berat kot... So maknanya, resolusi tahun 2010 ialah menguruskan badan...makan makanan yang berkhasiat dan rebus-rebus sahaja...berat badan ku ialah 70 kg, jadinya aku kena turunkan jadi 55 kg ye...
Ai jugak terima berita yang sedih...Kakak dan kak ngah, gagal mendapat tempat di MRSM Ulul Albab, Gemencheh sebab diorang nye nombor 93 dan 94 sedangkan diorang nak ambil 90 perempuan sahaja...Kiranya miss sikit je...tapi kata orang kat MRSM tu, diorang mungkin diserap ke sekolah biasa ataupun ke Ulul Albab tu kalau ada orang reject...Second batch la macam tu...tak pe la... Lagipun diorang dah dapat kat SMKA Kuala Selangor...Duk di asrama, dekat dengan rumah dan juga dalam aliran agama yang diorang minat sangat tu...Kalau ada rezeki, tidak kemana...Insyaallah...Kalau kedua-dua mereka dapat sekolah Ulul Albab di Gemencheh, ai bernazar nak puasa 3 hari...Ai tak bagi tahu diorang sebab takut diorang disappointed...kesian anak-anakku kan...tak pe...mungkin ada hikmah disebalik semua ni...perjalanan hidup masih panjang...sekolah mana-mana pun sama asalkan diorang berusaha sebaik mungkin...kalau tak dapat masa tingkatan 1, mana tau rezeki nak masuk masa tingkatan 4, Insyaallah...
Dari segi pengurusan kewangan, resolusi tahun 2010, ai nak lebih berjimat cermat...tak mau makan luar sangat sebab kitaorang tinggal berempat sahaja, sebab kakak dan kak ngah dah tinggal di asrama...so dah jimat banyak jugak sebab yang kuat makan sebenarnya diorang berdua sebab tu badan tinggi macam bukan budak berumur 12 tahun...Kalau berjimat cermat, ai nak simpan duit banyak sikit dan dapat naik haji cepat-cepat...kalau ada rezeki lebih, ai nak gi umrah la tahun depan...Ya Allah...murahkan la rezeki ku untuk ke rumah mu pada 2010 dan mudah-mudahan aku juga akan lebih menumpukan perhatian kepada amal ibadat ku...berkhatam Quran sekali lagi dan tidak terlalu mementingkan soal duniawi...Mudah-mudahan ai berjaya mencapai semua resolusi tahun 2010...Amin...
Result Ulul Albab Gemencheh dah kluar...camner nak check?
ReplyDelete