Thursday, February 11, 2010

HAPPY 11TH BIRTHDAY TO MY DANISH!!!!!



Hari ni genap usia Danish 11 tahun…Dah besar anak mama ni…Dah selamat bersunat pun pada hujung tahun 2009 tapi malangnya gambar dah didelete oleh kak ngah secara tak sengaja…Nak buat camanakan…Tak ada rezeki untuk ada gambar Danish sunat…

Sekejap je Danish dah 11 tahun…Dulu, masa lahir kecik je…2.8 kg kat klinik martenity, Jalan Klang Lama…Bukan Danish je, semua anak mama disambut oleh Dr Yati dan Dr Siti kat situ…Danish sebenarnya jadi secara tak sengaja…kiranya accident pasal tak plan pun nak mengandung sebab kakak dan kak ngah masa tu baru setahun 1 bulan je…tapi rezekikan…dah ada tak kan nak tolak pulak…Mengandung Danish paling senang…Dah dekat 3 bulan setengah baru tahu mengandung…Sebabnya, 3 kali test pun tak de…1st buat kat klinik, Dr kata tak de, mungkin stress kot…kali kedua sendiri buat, pun tak nampak juga…hish…tensen-tensen…betulla kot stress…kali ketiga pergi klinik lagi sekali, pun tak de…still ok lagi…dah masuk 3 bulan setengah tak period terus pergi gynea…scan baru nampak, kecik je Danish menempek kat dinding rahim…huhu…ade rupanya…dahla selama 3 bulan setengah tu mama makan bukan-bukan, tak berjaga langsung…angkat benda berat-berat…hish…hish…kalau dah rezeki kan, kita punya tetap kita punya…Mama cakap kat encik suami yang mama nak lelaki sebab anak kembar pertama mama tu dua-dua perempuan…so memang dimakbulkan doa mama tu, dapat Danish…Plannya nama Danish dan Danial tu untuk kembar pasalnya mula-mula Dr kata baby kembar tu dua-dua lelaki…tup-tup dua-dua keluar lelaki da…so letak nama Danish dulu tapi nama Danial tu tah bila la boleh letak, mungkin untuk cucu kot…berangan dah mama nak cucu ni…

Danish keluar dalam pukul 8.30 selepas mama diinduce selama 4 jam…Hari nak bersalin tu mama masih pergi ke ofis lagi, tapi dah rasa macam dah terbukak pulak…tapi mama masih g ofis la…dalam pukul 10 cam tu, mama rasa semacam je sakitnya, so mama pergi bilik air dan tengok dah keluar tanda – cecair berdarah sikit, so mama nak gi klinik dah…kawan mama, cik aid an acik yang hantar, mulanya big boss nak hantarkan tapi tak nak la mama, nanti ape isteri dia kata pulak…so mama dan kawan-kawan mama tu g naik teksi je…sampai Dr periksa dan bagi tau dah bukak dalam 2 inci so dia tahan mama dah…telefon encik suami suruh dia datang ke klinik, so kawan mama yang dua orang tu balik ofis la…sebab encik suami dah sampai…mama tak makan tau sebab Dr dah suruh keluarkan segala sisa makanan dari dalam perut…habis keluar sebab dia nak start induce mama pukul 4 lebih…huhu memang siksa tak makan ni, tapi kang kalau makan, masa meneran terkeluar t**i pulak, marah pulak Dr kan…Masa diinduce tu mama kena baring kat katil je, habis buku dan majalah mama baca habiskan…lepas 3 jam setengah, doktor datang dan pecahkan air ketuban…sebaik air ketuban pecah je, mula la mama sakit beriya-iya nak beranak…nak terberak pun ada…yang kelakar, nurse suruh mama teran tapi mama teran kat muka bukan kat perut hahahah, manala Danish nak keluar, ye tak…lepas dalam 15 – 20 minit, teranan kali terakhir, Danish pun keluar, Alhamdullilah…jahit Danish pun sikit je, dalam 7 cam tu…so dalam puku; 9 lebih, semua dah settle, perkara yang mama mintak dengan Dr ialah makanan…Dr kata, makan biskut dan minum milo dulu, makan ubat tahan sakit, baru boleh makan…kelakarkan…orang tahan sakit, mama siap makan nasi dengan ayam kicap lagi…lepas tu, sepanjang malam mama tak tidur, bukan sebab sakit tapi tak lena sangat nak tidur sebab orang sebelah katil mama tu asyik mengerang sebab dia kena ceacer…

Kenangan indah kan…Danish jadi anak kesayangan mama selama 5 tahun sebab lambat dapat adik…Danish menyusu badan sampai 4 tahun…Paling senang jaga Danish…kalau dah tidur, memang Danish takkan bangun walau bom meletup tepi dia…Masa Danish 7 bulan, dia dah mula berdiri tapi berdiri je la, takut nak gerakkan badan dia sebab badan Danish ni berisi sikit…kira-kira comel sungguhla, dengan kulit putih, badan gebu, mata sepet cam anak cina, ramai cakap Danish tu anak angkat mama…Huhu pandai-pandai je kan sebab penat-penat je nak mengandung tiba-tiba cakap anak angkat pulak…Apela…

Masa Danish 7 bulan, Danish pernah jatuh terhempas ke lantai masa mama tengah sibuk menghenjutkan buai…Mama menjerit punya kuat sebab takut kalau-kalau apa-ape jadi kat Danish…Danish menangis terkejut dengar mama menjerit bukannnya sebab kepala dia sakit ke ape ke…hheheheh…Danish kalau nak menyusu malam-malam senang je, dari dia kecik, dia akan cari sendiri puting mama kat mane heheheh…beshnye mama tidur macam tak de anak pulak…

Sampai sekarang Danish kurang bermasalah, belajar sederhana je, tapi takla teruk, masih duduk di kelas pertama dan kedua…tahun ni Darjah 5, tahun depan nak UPSR dah…Mama sayang Danish…Harap Danish jadi insan cemerlang, yang akan menjaga mama dan ayah masa tua nanti, ye…Harap Danish berjaya di dunia dan akhirat…Danish sorang je anak lelaki mama, so Danish kena jaga kakak, kak ngah dan Umairah…Satu-satunya penyambung zuriat cik suami…adik beradik cik suami ramai anak lelaki, cuma cik suami yang kaya dengan anak perempuan dan kurang anak lelaki…

Tapi Alhamdullilah, so far Danish tak pernah buat perangai di sekolah…nakal budak2 lelaki biasala kan…kalau tak nakal orang cakap ape la pulak…

SO, HAPPY 11th BIRTHDAY DANISH…MAMA DAN AYAH SANGAT SAYANG PADA DANISH….

No comments:

Post a Comment