Semalam, genap lima bulan aku bertugas di sini. Sebuah syarikat yang dipenuhi dengan 98% orang Melayu. Sesudah 15 tahun aku berkhidmat dengan bangsa asing, aku fikirkan, sudah sampai masanya aku mencurahkan ilmu yang diperolehi kepada anak bangsaku sendiri. Ketika aku mula melangkah ke sini, aku telah diberikan nasihat oleh beberapa orang teman yang pernah bekerja dengan syarikat asing dan kemudian bekerja dengan syarikat melayu. Mereka menasihatkan aku supaya berfikir dengan semasak-masaknya dan jangan ambil keputusan terburu-buru. Agak hairan aku mendengarnya. Hei, aku ini Melayu, dan akan bekerja di syarikat Melayu, kenapa pula aku mesti berhati-hati, aku membentak di dalam hati.
Setelah 5 bulan kemudian, baru aku sedar akan kebenaran kata-kata kawan-kawanku itu. Melayu memang dari dahulu dipenuhi dengan hasrat dengki, tidak boleh senang dengan pencapaian orang lain, tidak boleh menerima perubahan dan macam-macam lagi. Sedih aku dengan mentaliti orang-orang Melayu. Kini aku sedar, syarikat kecil yang sebegini orang Melayunya sudah saling berdendam dan bermusuh, apatah lagi tampuk pemerintahan yang dipegang sekarang ni. Melayu sememangnya rela diperintah oleh orang asing dan orang luar daripada mahu membenarkan orang Melayu yang mahu melihat perubahan dalam pentadbiran!!!!
Kini aku memang malu digelar orang Melayu. Aku lebih rela digelar orang Islam!!!
No comments:
Post a Comment