Emmmmmmmmmmmmmmmmmm, panjangnya keluhan kan. Itulah yang terjadi pada ai. Masa dalam meeting tadi, tiba-tiba projek yang saya dah jalankan sepanjang tahun lepas digantikan dengan orang lain. Macam mana rasa tu ek? Bernanah hati? Sakit hati? Rasa macam ditusuk sembilu? Huhu, cam tu la rasanya. Semua ada! Tapi nak buat camana kan. Bos dah ambil keputusan cam tu. Dia rasa ai tak buat kerja dengan baik, I dah delay projek kot sebab tu dia tarik balik. Tak pe la. Mungkin pada permulaan ni, ai rasa sakit hati tapi dalam masa yang sama, ai patut bersyukur kerana kerja ai semakin ringan dan gaji masih sama. Itu yang penting tau, gaji tetap maintain. So kalau dia kata I tak perform tahun 2010, ok, I mengaku, nak buat camana kalau tu yang dah dijudge oleh bos sendiri. Redhoooo je. Alhamdullillah....
Start tahun ni, ai akan concentrate pada memantau perjalanan pengatur huruf sahaja yang ai rasa macam bagus jugak, so KPI tahun 2011 mungkin lagi cemerlang. So ai akan pastikan kesalahan dan kelewatan yang ada tu bukan disebabkan oleh ai tetapi sebab ai disabotaj oleh staf lama di pejabat ni yang berasakan ai telah merampas kedudukan mereka. Ai akur sebab ai tahu bos ai pun tidak akan mahu mendengar apa yang ai katakan. Dia akan sentiasa menyebelahi dan bersetuju dengan staf lama yang memang telah sebati dengan perangai lambat dan mentaliti kerajaan tu.
So, ai harap dengan pertukaran pengurus projek, projek itu akan berjalan dengan lebih lancar lagi. Sekurang-kurangnya harapan bos ai tu tercapai jugak la hendaknya. Ai doakan yang baik-baik sahaja. Jangan stress kan otak. Nanti datang penyakit lain. Azam tambahan ai tahun ini adalah 'Mula kerja pukul 8.30 pm dan balik sharp 5.30 pm." Habis cerita. Jangan sakit-sakit hati, ok...
No comments:
Post a Comment