Thursday, January 20, 2011

Tengah Renovate Rumah

Masuk hari ni dah 4 hari ai duduk dalam rumah yang berdebu...Buat renovation sikit-sikit. Dulu masa masuk rumah tu, tangga kayu terlopong bawah dan tiada stor, jadi bila ada lapang sikit, baru nak buat renovation tangga - jadi tangga simen & ada stor kat bawahnya. Lepas tu dapur, injakkan ke belakang sikit dan lepas dah siap, pasang sinki kat belakang, baru nak pasang kitchen kabinet. Huhu bila la nak siap. Kalau ikut kata kontraktor tu, sebelum Raya Cina ni siapla. Harap-harap jadi kenyataan. Malasla nak biar rumah bersepah-sepah lama-lama sangat. Penuh debu dan simen. Ni nak naik tingkat atas kena hati-hati sebab diorang dah kopakkan tangga. Nasibla labu. Nasib baikla hari cerah, so cepat gakla simen tu kering. Hari Ahad dah boleh pasangkan mozek dan pasang pintu depan. Ai buat sikit-sikit je. Lepas ni kalau ada duit lagi, ai nak jadikan sliding door tu pintu pulak. Tak comey arrrr... Malas nak besarkan banyak-banyak. Budak-budak tu 2 orang duduk asrama. Kalau abang ada rezeki dalam UPSR, dapat masuk asrama harap-harap dah tinggal Umairah sorang je. Besar-besarpun bukannya ada orang duk rumah kecuali cuti sekolah kan...

Anak-anak eksited pasal I nak buat dapur baru. Kakak dan k ngah tu kalau balik rumah, mesti cakap, mama masakla...kitaorang nak makan masakan mama...Huhu kesian kan tapi ai cakap nanti kalau dapur mama dah siap, kita masak-masaklah...now diorang tengah tunggu janji-janji ai tu. Harap-harap ai jadi semakin rajin untuk memasak selepas ini.

Semalam ai dah tengok fridge baharu kat kedai. LG 2 pintu. Cantik u...ada bunga-bunga tapi bajet tak de lagi, so kena simpanla hasrat tu dulu. Nanti ada rezeki lebih, ai sambar satu. Semalam, ai g kedai tu pun sebab nak beli dapur masak. Ai beli dapur Zanussi 4 stove tu, siap dengan oven elektrik sekali. Kononnya nak masak kek la, masak biskutla, nak grill ayam la...macam-macam... Lepas tu ai beli TV LCD gak...42 inci tu. Ermmmm, bila dah beli dok terfikir lak, siapalah yang nak menengokkan...Tapi bila fikir balik, masa lapang tu tengok je la TV, apa susah sangat...kerja dah rileks, mari menonton la jawabnya.

Pagi ni kedai tu telefon nak hantar. Ai cakap, nantila sebab ai nye renovation pun tak siap lagi, camana nak letak kat dapur. Nanti dah ok, barulah hantar. Harap-harap, hujung minggu depan siaplah renovation, dan suruh diorang hantar dapur, TV dan hood sekali. Kitchen kabinet diorang nak pasang pada 19 Feb, lepas raya Cina. Ape nak buat. Kalau ai pasang sekrang, nanti kabinet ai berhabuk pulak, nak bersihkan susah pulak, jadinya lepas settle semua dah bersih barulah boleh betulkan...

Ermmmm....Masuk tahun 2011, rumahku cantik harapnya...


No comments:

Post a Comment